Masyarakat Nusantara dalam Budaya, Warisan dan Sejarah

, ,

Nazarudin Zainun & A. S. Hardy Shafii
2018 (Reprint). USM.
Softcover, 24.0 cm x 16.5 cm, 125 Pages
Illustrated
ISBN: 9789674611781

RM25.00

Buku yang mengandungi tujuh buah makalah ini telah mendefinisikan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai perspektif ilmu. Kesemua perkara yang terkandung di dalamnya menyentuk aspek berkaitan masyarakat tempatan dan lingkungannya. Kekayaan budaya lokal ini tercermin dan lingkungannya. Kekayaan budaya lokal ini tercermin melalui kajian dan penulisan makalah yang menghubungkan kearifan tempatan dengan pelbagai dimensi seperti budaya Melayu dan keturunan Jawa, seni kraf, adat perkahwinan, sosioekonomi, sosiobudaya, seni reka dan makanan tradisi. Selain itu, buku ini akan mengangkat kearifan tempatan sebagai potensi pelancongan dengan mengenal pasti kawasan-kawasan yang terlibat.

Dalam penjelasan yang berbeza, ia turut dibahaskan daripada aspek tertentu dalam Islam untuk menjelaskan nilai tambah definisi kearifan tempatan itu sendiri. Tentunya, ia memberi satu pengertian bahawa kearifan tempatan itu luas sifatnya dan sumbanganya tidak terhad kepada pentafsiran dan pemahaman satu cabang disiplin ilmu sahaja. Keterbukaan inilah yang mampu membangunkan semula takrif kearifan tempatan dan menangkis paradigma-paradigma yang menyimpang daripada nilai-nilai kearifan tempatan.

Weight 320 g
Dimensions 24 × 16.5 × 0.8 cm