Masyarakat Melanau di Sarawak

Jeniri Amir
2015. ITBM.
Softcover, 22.8 cm x 15.1 cm, 238 Pages.
ISBN: 9789670798042

RM25.00

Kaum Melanau ialah kaum Bumiputera yang keempat terbesar di Sarawak selepas kaum Iban, Melayu, dan Bidayuh. Secara umumnya, masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu, sama ada dari segi kepercayaan, kebudayaan, mahupun adat resam. Namun begitu, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri.

Dalam buku ini, penulis prolifik, Dr, Jeniri Amir mengupas pelbagai persoalan tentang kaum Melanau, termasuklah sejarah dan asal usul, sistem kekeluargaan dan kekerabatan, organisasi sosial, sistem kepercayaan, adat resam dan pantang larang, sistem politik dan kepimpinan, sistem dan kegiatan ekonomi, serta transformasi dan kemajuannya tanpa mengetepikan aspek sejarah dan kehidupan kaum Melanau pada masa silam.

Buku ini sesuai dijadikan sebagai wahana dan wacana khususnya oleh generasi kini dan akan datang dalam usaha untuk menyebarluaskan maklumat dan identiti kaum minoriti ini.

Weight 480 g
Dimensions 22.8 × 15.1 × 1.2 cm