Masjid Zahir Satu Abad di Nusantara 1915 – 2015

, ,

Mohd Shariff Abu Samah
2016. UUM.
Hardcover, 23.5 cm x 15.5 cm, 147 Pages
Illustrated
ISBN: 9789670876795

RM51.00

Kedatangan Islam ke negeri Kedah bermula sejak abad ke-10. Selain sebagai negeri yang kuat dengan pengaruh Islam, Kedah juga mempunyai masjid yang menarik dari segi binanya iaitu Masjid Zahir. Struktur dan perlambangan dalam falsafah seni bina Masjid Zahir merupakan lambang kepada seni bina masjid di negeri Kedah yang terselah keindahan dan keunikannya.

Masjid Zahir yang tersegam indah terletak di kawasan ‘Heritage Bandaraya Alor Setar yang persekitarannya diiringi dengan bangunan seperti Istana Pelamin tempat persemayaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Balai Besar, Bangunan Galeri DiRaja (asal Mahkamah Tinggi), Balai Nobat, Bangunan Jam Besar dan Galeri Balai Seni yang dibangunkan lebih kurang sezaman dengan Masjid Negeri. Pembinaan Masjid Zahir adalah atas daya usaha Tunku Mahmud Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Presiden Majlis Negeri (State Council), iaitu adinda Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Weight 400 g
Dimensions 23.5 × 15.5 × 1.3 cm