Malaysia-Perancis : Menelusuri Jati Diri (Dwi Bahasa)

, , ,

Compiled by Dr. Stephane Dovert
2013. ITBM.
Harcover, 30.4cm x 29.1cm, 346 pages
Illustrated
ISBN 9789674302641

RM220.00

Victor Hugo, Shake, Henri Fauconnier, Lat, Edwige Feuillère, Pierre Christin, Jeanne Cuisinier, Abdul Samad Said, Pierre Boulle, Jacques de Morgan, Jean Rotz, Sjovald Cunyngham-Brown: Apakah persamaan yang mengaitkan kesemua personaliti ini? Sesetengah daripada mereka, telah membantu memperkukuh hubungan Perancis – Malaysia sejak berabad yang lalu.

Apabila kita menyebut hubungan antara dua negara, ia melibatkan pertukaran idea politik dan hubungan diplomatik. Sebenarnya kita lupa bahawa jaringan hubungan ini juga boleh terhasil daripada pengembaraan individu ke sesebuah negara, pergaulan dengan masyarakat tempatannya, dan penemuan hasil bumi negara itu yang tidak pernah diduga. Begitulah juga dengan hubungan Perancis-Malaysia yang merangkumi pelbagai bidang termasuklah bidang seni, perfileman, seni bina, sains dan perniagaan. Dari pantun ke Technip, beralih kepada Ayam Brand, perladangan kelapa sawit, sains fiksyen, penghasilan pelbagai produk seni kreatif dan hubungan perdagangan kedua negara menjadi bukti wujudnya hubungan ini. Lantaran itu, buku ini dihasilkan sebagai kemuncak kepada hasil hubungan yang telah lama termeterai ini.

Weight 2500 g
Dimensions 30.4 × 29.1 × 3.3 cm