Majalah Al-Islah dan Idea-Idea Pembaharuan

, , ,

Hamidah Jalani
DBP. 2019.
Softcover, 21.4cm x 14cm, 299 pages
ISBN 9789834901066

RM25.00

Majalah al-Islah dan Idea-idea Pembaharuan ini memberikan gambaran nyata tentang keadaan masyarakat pada tahun 1970-an. Pergolakan antara Kaum Tua dengan Kaum Muda menjadi perbincangan semasa. Buku in memperlihatkan semangat yang ditunjukkan oleh majalah al-Islah dalam menyahut seruan Islamiah bersama-sama peneraju utamanya, iaitu Tuan Haji Yusof Rawa. Pengalaman manis dan pahit yang dilalui oleh beliau selaku penerbit, penyunting dan penulis turut dimuatkan dalam karya ini.

Buku ini turut mengupas beberapa isu terpilih daripada majalah tersebut. Lima isu telah dibincangkan, iaitu isu tentang sistem pendidikan yang masih mempraktikkan corak pendidikan Barat dan mengagungkan sekularisme, amalan politik berasaskan acuan Barat, pengaruh undang-undang Inggeris sehingga memperkecilkan peranan undang-undang Islam, soal kemiskinan dan kebergantungan masyarakat Melayu serta kurangnya penghayatan tentang cara hidup Islam sebenar.

Weight 400 g
Dimensions 21.4 × 14 × 1.5 cm