Kisah Melaka 1511

, ,

Prof. Dato’ Mohd Yusoff Hashim
2006. IKSEP.
Softcover, 23.4 cm x 15.5 cm, 104 Pages
Illustrated
ISBN: 9789832600275

RM25.00

Pihak lawan sentiasa berwaspada dan tidak memperkecilkan kemampuan pertahankan Melaka.

Alburqueque pernah menyebut bahawa anda tidak boleh mengambil Melaka dengan dua pedang berkarat. Di suati dinihari menjelang subuh sebelum serangan habis-habisan terhadap Melaka, beliau menyatakan kepada panglima-panglima perangnya bahawa Kemusnahan Melaka tidak dapat dielakkan, sehingga dengan itu sinar Islam akan terpadam selamanya dan bahwa ke Makkah dan Cairo, spices tidak disalurkan ke Portugal.

Ungkapan sedemikian menghuraikan sikap dan agenda tersebunyi pihak lawan. Dia cukup sedar bahawa Melaka, Aden dan Hormuz adalah tiga pelabuhan utama pelabuhan perdagangan rempah Operasi pertahanan Melaka berjalan cengit sekitar Julai dan Ogos 1511.

Apabila Sultan Mahmud meninggalkan Melaka sekitar 24 dan 25 Ogos 1511, tidak ada penyerahan alat atau kuasa yang dibuat oleh Melaka kepada Portugis.
Ringkasnya, apabila Albuquerque meninggalkan Melaka bada 20 Januari 1512 bersama Flor De La Mar, keadaan di Melaka masih dalam bahaya. Dalam pemamatan orang Melayu, 10 negeri boleh dicari, selagi ada raja berdaulat. Mereka juga menganggap kedudukan Portugis adalah sementara sifatnya.

Selebihnya, Sultan Mahmud dilaporkan berkata, adat kita raja Melayu negeri alah raja mati perlambangan bahawa perjuangan Melaka adalah perjuangan yang tidak mengenal hentikannya. Barisan militer Portugis sebenarnya ditunjangi oleh lebih daripada 18 atau 19 kapal, 800 askar Portugis dan antara 300-600 malabaris, suatu maklumat yang sering disogokkan kepada kita. Maklumat Giovanni menunjukkan bahawa, ketika tiba di Pedir, jumlah kapal termasuk yang ditawan di perjalanan mencecah angka 25 buah setidak-tidaknya.

Di Pasai, delapan buah kapal dari Cambay menjadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Oleh itu, tetakluk kepada lebih lanjut 27 buah kapal tiba di perairan Melaka pada 28 Jun 1511. Malah di pelabuhan Melaka, beberapa kapal lain ditawan atau dibakar manakala penganjur menjadi barisan sokongan di pihak-pihak Portugis.

Weight 350 g
Dimensions 23.4 × 15.5 × 0.5 cm