Kisah-Kisah Sejarah Negeri Kelantan

Ismail Che Daud
2016. Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Hardcover, 23.5 cm x 15.5 cm, 445 pages, Illustrated
ISBN 9789832391289

RM50.00

Buku ini mengandungi sejumlah peristiwa-persitiwa bersejarah atau kisah-kisah sejarah yang agak besar dan terpilih yang berlaku di negeri Kelantan, yang ditulis dengan sangat cermat dan teliti, serta dilengkapi dengan tarikh-tarikh yang tepat dan fakta-fakta yang menarik. Ada banyak peristiwa dan tarikh-tarikh penting dalam sejarah Kelantan yang sebelum ini kabur atau tidak jelas, malah bersimpang-siur di antara seorang ahli sejarah dengan seorang ahli sejarah lainnya, dapat diselesaikan atau ditemui jawapannya dalam buku ini.

Meskipun tidak merangkumi, dan hanya mengambil peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku sejak suku akhir abad ke-19 atau pada akhir zaman pemerintahan Sultan Muhammad II sahaja, akan tetapi pemerian peristiwa atau kisah-kisah dalam buku ini sangat rinci, tepat fakta serta diolah atau dikemas dalam gaya tulis yang menarik, enak dibaca dan mudah dihadamkan.

Diharapkan dengan terbitnya buku ini dapat menjadi sumber rujukan sejarah yang otoritatif untuk ditulis ulang dalam bentuk yang lebih luas dan menyeluruh dikemudian hari.

Kandungan:

Kata Penerbit
Pendahuluan Penyelenggara
Pengantar

BAHAGIAN I: KESULTANAN KELANTAN

1. Pewaris Takhta Kesultanan Kelantan
2. Raja Kelantan
3. Sultan Ahmad: Leluhur dan Keturunannya
4. Sultan Mansor: Pemerintahan dan Peristiwa-peristiwa Bersejarah pada Zamannya
5. Wasiat Tengku Panglima Raja
6. Raja Kerja Tiga Bulan (Upacara Bersunat Diraja)

BAHAGIAN II: PERISTIWA-PERISTIWA BERSEJARAH

7. Angin Besar Tahun 1880
8. Perlagaaan Harimau dengan Kerbau
9. Musuh Tok Janggut
10. Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
11. Bah-bah Besar di Kelantan
12. Kebakaran Besar di Kelantan

BAHAGIAN III: WARISAN KELANTAN

13. Benarkah Masjid Muhammadi Siap Dibina Pada 1926?
14. 60 Tahun Masjid Muhammadi
15. Masjid Langgar
16. Kerja Menyudah Masjid Tok Selehor – Terbengkalai 20 Tahun
17. Benarkah Jambatan Sultan Yahya Petra Dibina Pada 1960?

BAHAGIAN IV: TOKOH-TOKOH KELANTAN

18. Tok Pulai Chondong
19. Tuan Tabal dan Karya Terbesarnya
20. Ulama’ Tiga Bersaudara: Meninggal Mendadak Belaka
21. Ulama’ Umara’ Tiga Serangkai
22. Dato’ Lundang
23. Tiga Ulama’ Silam Dalam Kenangan
24. Haji Nik Man Tua dan Karya Nadirnya
25. Biografi Singkat Tok Kenali: Satu Sorotan Fakta
26. Tok Kenali: Ulama’ Sezaman dan Murid-muridnya
27. Tok Kenali & Haji Omar Sungai Keladi: Satu Perbandingan Fakta
28. Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja
29. Dato’ Perdana dan Dato’ Laksamana: Satu Perbandingan Fakta
30. Abdul Kadir Adabi (1901-1944)
31. Haji Abdullah Tahir Bunut Payong
32. Muhammad Adnan Arifin: Penyusun Kitab Tikaman Bahasa
33. Muhammad Yusuf bin Saleh al-Kalantani
34. As’ad Shukri Haji Muda: Penulis Sejarah Kelantan
35. Benarkah Ustaz Yusoff Zakry Yacob Lahir pada 1928?
36. Ustaz Muhammad Labib Ahmad
37. Memperingati 100 Tahun Kematian Tok Konok

BAHAGIAN V: RAMPAI-RAMPAIAN

38. Generasi Kelahiran Pondok
39. Pudarnya “Glamor” Tukang Lagu
40. Memori Tilawah al-Quran

LAMPIRAN

– Sejarah Kelantan: Beberapa Kesilapan Fakta Yang Perlu Diluruskan
– Senarai Narasumber (Temu bual; 1972-1994)
– Daftar Rujukan
– Sedikit Tentang Penulis

Weight 1000 g
Dimensions 23.5 × 15.5 × 3 cm

You may also like…