Kelantan: Sejarah, Adat dan Warisan

, , ,

A. Aziz Derama & Baharin Ilias
2018. Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Softcover, 22.8 cm x 15.3 cm, 671 pages
ISBN 97898322391364

RM55.00

Keunikan citra Kelantan sudah menjadi sebutan umum seantero dunia. Sejarahnya boleh ditelusuri sejak dari zaman prasejareah lagi dan perkembangan zaman ke zamannya boleh sahaja diketengahkan dalam semua bidang. Buku ini mengandungi sejumlah tulisan yang dapat dimanfaatkan bagi sesiapa jua untuk mengetahui sejarah, adat dan warisan Kelantan. Keluasan citra istimewa Kelantan itu merangkumi pelbagai aspek khususnya dalam tradisi pemerintahan raja-raja dan kesultanan Melayu, pengajian Islam dan peranan tokoh-tokoh ulama di bidang keagamaan, sejarah sosial dan budaya, kegiatan ekonomi, persuratan, kesenian termasuk seni tekstil, seni persembahan, seni bina dan adat istiadat Melayu Kelantan. Mengenali Kelantan maknanya seseorang itu akan mengenali Malaysia dan sebahagian daripada warisan besar peradaban Melayu timur laut.

Kandungan:

Kata Aluan
Prakata
Pengantar Penyelenggaraan

1. Kelantan dalam Pelbagai Keunikan Citra – A. Aziz Deraman
2. Pensejarahan Kelantan dan Tinjauan Mengenai Sumber-sumbernya – Nik Mohamed Nik Mohd Salleh
3. Penolakan Teori Penghijrahan dari Utara ke Selatan Zaman Neolitik dan Teori “Greater India” Raya Zaman Pembentukan Pengaruh India – Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman
4. Adat Melayu Kelantan – Mohamed Anwar Omar Din
5. Unsur-unsur Adat dan Warisan dalam Karya-karya Moden Kelantan – Hashim Ismail
6. Tekstil Melayu Tradisional Kelantan – Siti Zainon Ismail
7. Silsilah Raja-Raja Kelantan Sejak Long Yunus – Abdul Razak Mahmud
8. Raja-Raja Kelantan: Peranan dan Sumbangan kepada Pembangunan Negeri Kelantan – Baharin Ilias
9. Idea Besar Ulama’ Kelantan Satu Abad – Mohd Kamil Hj Abdul Majid

Bibliografi
Biodata Penulis
Indeks

Weight 1100 g
Dimensions 22.8 × 15.3 × 3.7 cm

You may also like…