Keadilan sebagai Kesaksamaan

,

John Rawls
Translated from Justice as Fairness: A Restatement
Translated by Ammar Gazali

2017. IBDE.
Softcover, 20cm x 13cm, 400 pages
ISBN 9789671441886

RM40.00

Buku ini berasal daripada syarahan-syarahan dalam bidang falsafah politik yang disampaikan oleh John Rawls di Universiti Havard pada 1980-an. Syarahan-syarahan beliau dalam tempoh itu menjadi satu pernyataan semula terhadap teori “keadilan sebagai kesaksamaan” beliau, yag disemak semula bersesuaian dengan kajian terbaru beliau dan juga bukunya Political Liberalism (1993).

Seperti yang dinyatakan Rawls dalam kata pengantar, pernyataan semula ini mempersembahkan, “Dalam satu tempat keterangan tentang keadilan sebagai kesaksamaan seperti mana yang saya lihat sekarang ini, berdasarkan semua hasil kerja (saya dahulu)”. Beliau memberikan tinjauan luas garis utama pemikirannya dan juga mengkaji beberapa isu-isu yang tidak pernah dalam tulisannya yang lain.

Semenjak penerbitkan buku beliau, A Theory of Justice (1971), idea-idea beliau masih relevan dan mempunyai kekuatan tersendiri dalam perbahasan tentang liberalisme. Buku ini menunjukkan bahawa satu kejelasan moral dapat dicapai walaupun komitmen kolektif terhadap keadilan itu berada pada tahap tidak pasti.

Weight 450 g
Dimensions 20 × 13 × 2 cm