Kadazan Dusun

Jacqueline Pugh-Kitingan
2012. ITBM.
Softcover, 22.9 cm x 15 cm, 315 Pages
Illustrated
ISBN: 9789830688596

RM35.00

Siri Etnik Sabah ITBM-UMS ini merupakan hasil kerjasama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penerbitan buku dalam siri ini merupakan hasil kajian UMS yang menumpukan kajian etnografi terhadap sosiobudaya dan pembangunan sosioekonomi etnik-etnik di Sabah dan Borneo. Segala maklumat yang lengkap didokumentasikan ini boleh menjadi rujukan penting bagi mengkaji dan memahami tatacara kehidupan etnik-etnik yang terdapat di Sabah.

Kadazan Dusun ialah kumpulan etnik terbesar di negeri Sabah. Dalam buku ini, penulisnya mengupas tentang etnik ini berdasarkan kajian etnografi asas. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan kepada pembaca ciri-ciri utama kebudayaan masyarakat Kadazan Dusun. Boleh dikatakan buku ini merupakan antara buku terlengkap yang memperincikan kebudayaan etnik Kadazan Dusun dan sangat sesuai dibaca dan dijadikan rujukan untuk mengetahui secara lebih mendalam berkaitan etnik ini yang bukan sahaja kaya dengan khazanah budayanya, bahkan juga turut sama melahirkan pemimpin-pemimpin yang telah mencorakkan corak dan hala tuju Negeri di Bawah Bayu ini.

Weight 700 g
Dimensions 22.9 × 15 × 2 cm