Buku Hujan Emas di Negeri Orang adalah mengenai penghijrahan orang-orang Banjar dari Kalimantan Selatan pada awal abad ke-20 dan kehidupan mereka serta keturunan mereka di Tanah Melayu. Antara mereka yang melakukan penghijrahan itu termasuklah Andin Amin dan keluarganya. Didorong oleh faktor penolak di Kalsel, seperti penindasan penjajah Belanda, dan faktor penarik di Tanah Melayu, seperti peluang mencari nafkah yang baharu, mereka sanggup datang ke Tanah Melayu dengan melalui perjalanan yang jauh dan sukar. Setelah mengalami kehidupan yang susah pada peringkat awalnya, Andin Amin akhirnya dapat hidup dalam keadaan yang agak senang. Anak-anak Ielakinya meneruskan kehidupan sebagai petani dalam keadaan serba sederhana. Bagaimanapun, kebanyakan cucunya dapat hidup lebih senang dan selesa, kerana mereka telah bekerja sebagai pegawai kerajaan, pegawai swasta dan menjadi usahawan. Penghijrahan Andin Amin jelas mendatangkan kesan yang positif. Dengan itu, bagi Andin Amin, “hujan emas”di negeri orang memang menunjukkan negeri orang lebih baik daripada negeri sendiri.
Berdasarkan bahan-bahan yang dapat diperolehi oleh penulis, dia cuba menulis buku ini dengan membahagikannya kepada lapan bab, iaitu:
- Pendahuluan
- Orang-orang dari Pajukungan
- Tanah Air yang Ditnggalkan
- Penghijrahan ke Tanah Melayu
- Mengadu Nasib di Perantauan
- Generasi Kedua dan Ketga di Malaysia
- Menyambung Hubungan yang Terputus
- Kesimpulan
Orang-orang dari Pajukungan, sebuah kampung di Kalsel, yang berhijrah bersama-sama ke Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1920 yang lalu, yang akan diceritakan dalam buku ini, sebenarnya terdiri daripada dua kumpulan. Pertama, kumpulan yang terdiri daripada Andin Amin, isterinya Aminah, bapanya Andin Tarip, abangnya Andin Ismail, adik angkainya Ahmad, dua orang adik perempuannya Hamidah dan Aloh serta dua orang anaknya yang masih kecil, Utoh dan Acil. Kedua, kumpulan yang terdiri daripada dua orang abang Aminah yang bernama Tasad dan Saman, dan seorang adik Aminah yang bernama Samaiyah.
Bagaimanapun, perbincangan seterusnya dalam buku ini hanya akan ditumpukan kepada sebahagian daripada anggota kumpulan penama, iaitu Andin Amin, isterinya, anak-anaknya yang dibawanya clari Kalsel serta anak dan cucunya yang di Malaysia.