Hikayat Melayu atau Sulalat’us-Salatin

, ,

Muhammad Yusoff Hashim
1998. IKSEP.
Hardcover, 27.4 cm x 21.8 cm, 647 Pages
Illustrated
ISBN: 9839915568

RM100.00

Secara tradisi dan ilmiahnya, telah sekian lama teks HIKAYAT MELAYU dirujuk, dibahas dan dinobatkan oleh para peneliti ilmu dan ilmiawan mengenai masyarakat Melayu, sebagai karya terunggul di dalam kepustakaan Melayu. Begitu tinggi martabat yang diberikan ke atasnya oleh kalangan Malaicus dari jagat alam Melayu ini sehingga teks ini kini menjadi klasik. Amat jarang, kalau tidakpun hanya segelintir kalangan ilmuan rantau ini yang tidak mengenalinya.

Salinan demi salinan, cetak demi cetak, penerbitan demi penerbitan yang dilakukan ke atasnya, sejak ianya diselidiki asal-usul kemunculannya, adalah testimoni sejarah serta keintelektualan Melayu, betapa keunggulan teks ini terus menerus dipertahankan. Di kalangan sejarawan, memang sukar untuk mendapatkan suatu panorama mengenai kebudayaan dan politik Melayu awal, tanpanya. Pun begitu di kalangan ahli bahasa, filologi, sosiologi, awal, tanpannya. Pun begitu di kalangan ahli bahasa, filologi, sosiologi, pemikir budaya dan pecinta sejarah umumnya…

Naskah yang diterbit ini mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri. Pertama, sebagai sebuah ‘public-domain’, ianya diterbitkan dalam bentuk faksimile asal Jawinya, satu kaedah tersendiri ke arah kepopularitian semula tulisan ini di kalangan khalayak ilmuan dan pembaca. Kedua, naskhah ini adalah versi terpanjang daripada sebarang versi HIKAYAT MELAYU. Ia menjadi testimoni suratan bagaimana sebuah hasil sejarah-sastera seperti ini dimanfaatkan oleh para literati dan pelaku politik Melayu silam untuk mendakwa dan membina kehalalan dan keabsahan (legitimacy) politik dalam ruang kedaultan pemerintahan Melayu. Untuk meraih dan mendapatkan keabsahan ini, pemerintahan Melayu abad ke-19 mengaitkan salasilah dan kepercayaan temurun mereka dengan Kesultanan Melaka abad ke-15. Maka muncullah HIKAYAT MELAYU-SULALAT’US-SALATIN versi Tengku Sa’id ini.

Weight 2200 g
Dimensions 27.4 × 21.8 × 5 cm