Gelaran Warisan Kelantan

Hashim Musa, Noor Shyamilah Zakaria, Norhayati Ab. Rahman

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

ISBN9789832391418

RM25.00

Negeri Kelantan termashyur dengan nama- nama gelaran warisan unik yang menjadi citra kepada budaya dan masyarakat negeri ini. Nama- nama gelaran warisan yang unik itu ialah ‘Nik, Wan, Che/ Chek, Long, Neng, dan Tuan’, di sanmping nama- nama gelaran yang dikongsi juga oleh negeri- negeri Melayu yang lain, misalnya ‘Tengku, Engku, Ku, dan Raja.’ nama- nama gelaran warisan itu didapati mempunyai sejarah asal usul yang panjang dan amat menarik. Dalam kajian ini, asal usul nama- nama gelaran itu dapat ditelusuri daripada sejak awal sejarah negeri Kelantan dan hubungammya dengan kerajaan Patani dan Champa. Kini terdapat persoalan sama ada nama- nama gelaran warisan itu dapat dipertahankan atau tidak. Tentu sekali nama gelaran Tengku dan Raja dapat dipertahankan kerana selagi ada keluarga diaraja dan golongan istana, maka nama- nama gelaran itu akan terus dikekalkan oleh mereka dan keturunan mereka. Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga gejala pengguguran nama gelaran itu disebabkan oleh faktor perkhawinan, perpindahan, pendidikan, faktor sosial, faktor ekonomi dan faktor keselamatan, seperti yang dibuktikan oleh kajian ini.

Weight 250 g
Dimensions 22.5 × 15.2 × 0.7 cm

You may also like…