Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo

,

RM25.00

Kumpulan cerpen ini merupakan sentuhan imaginatif Jasni Matlani dalam bermain dengan medan kreativiti yang sarat dengan mesej tersurat dan tersirat. Ianya menampilkan pelbagai teknik yang ada kalanya bersifat eksperimen melalui penggulatan pengalaman dan perjalanan yang luas.

Dalam perjalanan itu ada kalanya penulis menemukan rangkaian cerita yang berpecah-pecah tetapi akhirnya bersatu dalam bentuknya. Demikian juga penulis mengasimilasikan dunia nyata, fantasi, fakta, dan sejarah melalui watak yang menyeluruhi persekitarannya, watak-watak yang berdialog dengan peristiwa, bermain dengan latar dan mesej, berhujah dengan emosi, membentuk simulcara tanpa garis sempadan realiti, dan titiknya membawa khalayak membentuk keperibadian unggul.

Weight 250 g
Dimensions 17.8 × 13.5 × 1.5 cm