Biografi Ulama Malaysia: Sheikh Abdullah Basmeih: Tokoh Tafsir Malaysia

, ,

Wan Ramizah Hasan
DBP. 2019.
Hardcover, 22.4cm x 14.6cm, 246 pages
ISBN 9789834616052

RM32.00

Tokoh ini besar jasanya dalam bidang tafsir. Karyanya yang berjudul Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Qur’an telah membuka dimensi baharu kepada masyarakat Melayu untuk memahami pengertian ayat suci al-Quran. Gaya bahasa yang digunakan mudah difahami oleh segenap golongan masyarakat. Sumbangannya ini memberikan manfaat yang tidak ternilai harganya dan menjadi rujukan dan sumber panduan secara meluas semenjak tahun 1968 sehingga kini.

Kehidupan zaman muda beliau yang menjadikan buku sebagai teman telah mewarnai keperibadian Sheikh Abdullah Basmeih sebagai seorang pengarang dan penyunting yang hebat. Minatnya dalam bidang penulisan telah dimanfaatkan sebaik mungkin sebagai wahana untuk beliau menyampaikan dakwah kepada masyarakat melalui pena dan telah menghasilkan sebuah kitab tafsir dalam bahasa Melayu. Beliau turut dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1415.

Weight 500 g
Dimensions 22.4 × 14.6 × 1.5 cm