Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Pasca Melayu Moden

, ,

Mana Sikana
2013. ITBM.
Softcover, 22.8cm x 15.2cm, 363 pages
ISBN 9789674303778

RM35.00

Berdiri di Akar Diri Kritikan Sastera Melayu Pascamoden mengumpulkan 19 buah artikel yang membicarakan beberapa perkara seputar sastera iaitu pertama; persoalan sastera Melayu berhadapan dengan dunia pascamoden, yang mewacanakan pelbagai isu, termasuk penteorian, kritikan, kepengarangan dan juga aspek perkhalayakan. Kedua; memuatkan kritikan yang menggunakan pelbagai teori pascamoden terhadap teks-teks pascamodenisme. Dalam konteks zaman pascamoden ini kritikan sastera Melayu berhadapan dengan pelbagai persoalan itu, implikasi daripada langit terbuka, dunia tanpa sempadan dan globalisasi.

Pelbagai jenis teks kreatif yang baharu dihasilkan dan memerlukan pendekatan dan teori yang baharu, sesuai dan relevan dengan tekstual dan kontekstual serta kritikan praktis yang dilakukan akan membantu masyarakat sastera memahami dan menguasai dunia zaman pascamodenisme ini. Dalam situasi beginilah kita dituntut supaya berpaksi pada tradisi dan sejarah sendiri dan berdiri di akar diri.

Weight 550 g
Dimensions 22.8 × 15.2 × 2.2 cm