Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang

, , , , ,

Dr Ahmad Murad Merican
2015. DBP
Hardcover, 21.5cm x 14.5cm, 275 pages
ISBN 9789834615369

RM30.00

Buku ini bertujuan meluruskan sejarah, dan dengan harapan Batu Uban dapat dipuliharakan dan diwartakan sebagai kampung tradisional dan tanda kewujudan sejarah awal Pulau Pinang. Buku ini berdasarkan sejarah lisan, salasilah dan rekod-rekod daripada dua keluarga terawal dan terbesar, iaitu Nakhoda nan Intan dan Dato’ Jenaton yang diwarisi sejak lebih dari 200 tahun lalu, artifak-anifak yang ditemui serta catatan-catatan yang pernah diterbitkan. Cerita Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang juga mengandungi beberapa pemerhatian tentang Tanjong dan kedudukan Pulau Pinang sebagai wilayah Kesultanan Kedah.

Hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada wilayah dan alam Kesultanan Kedah. Namun penceritaan Melayu Pulau Pinang terpisah daripada Kedah, malah rantau Alam Melayu itu sendiri. Begitu juga dengan pcrsejarahan Kedah yang memisahkan Pulau Pinang daripada Kesultanan dan Peradaban Kedah, dan menerima George Town dan Penang sebagai fait accompli (ditakdirkan) bukan hanya dari segi politik dan pentadbiran, tetapi juga dari segi warisan dan persejarahan. Kini, masyarakat Melayu Pulau Pinang kian menjadi “pengemis” sejarah.

Penulisan ini menarik perhatian masyarakat kepada beberapa masalah persejarahan negara, khususnya petempatan awal Melayu di Pulau Pinang, iaitu di Batu Uban. Tapak tersebut kini kian menghadapi tekanan akibat politik warisan serta sikap kealpaan pihak berkuasa dan masyarakat setelah sekian lama. Kawasan kampung diugut dengan pembinaan infrastruktur, manakala nilai warisan dan sejarah berkorban demi pasaran dan keuntungan.

Weight 600 g
Dimensions 21.5 × 14.5 × 2 cm