Bahasa Melayu Urak Lawoi’

,

Rohani Mohd Yusof
2016. DBP.
Softcover, 21.5cm x 14cm, 189 pages
ISBN 9789834616885

RM20.00

Bahasa Urak Lawoi’ atau “Orang Laut” ialah bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan masyarakat yang terdapat di Kepulauan Andaman yang secara geografi berada di bawah pentadbiran Negara Thai. Kajian ini berfokus di Pulau Adang (Pulau Hadak) dan Pulau Lipe’ yang berada di Wilayah Satun, Thailand.

Dari segi linguistik, bahasa Urak Lawoi’ memperlihatkan banyak persamaan dengan bahasa Melayu, khususnya dialek-dialek Melayu. Keadaan ini menggambarkan wujudnya warisan yang dikongsi bersama yang turut memperlihatkan adanya “areal features“. Terdapat juga beberapa persamaan antara bahasa Urak Lawoi’ dengan bahasa Iban dan bahasa Minangkau. Gambaran mengenai sistem dan struktur bahasa Urak Lawoi’ yang dihuraikan, memperlihatkan ciri-ciri keunikan bahasa berkenaan sebagai satu daripada variasi bahasa Melayu.

Weight 250 g
Dimensions 21.5 × 14 × 1 cm