40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar

, , ,

Zaini Ujang & Zulkifli Mohd Yusoff
2020. Institut Terjemahan & Buku Malaysia.
Hardcover, 24.2cm x 17.2cm, 691 pages
ISBN 9789674608460

RM120.00

Kemelut alam sekitar kini semakin meruncing. Banyak pemimpin, ahli sains, pemikir, tokoh masyarakat, dan aktivis mengakui kenyataan bahawa alam sekitar semakin tercemar dan kian membahayakan kehidupan manusia: Perubahan iklim, peningkatan suhu bumi, ketidaktentuan cuaca, peningkatan aras laut, Iambakan sampah sarap, jerebu merentasi sempadan, pemusnahan hutan, pencemaran sungai, dan sebagainya. Susulan itu, hampir semua negara di seluruh dunia bersetuju menandatangani Perjanjian Paris 2015 yang bermatlamat melaksanakan pembangunan mampan sebagai usaha mengubah tatacara pembangunan agar lebih mesra alam. Malahan, banyak negara telah mengisytiharkan Darurat Perubahan lklim (CIimateEmergency) dan mengharamkan penggunaan bahan api fosil menjelang 2030. Justeru, apakah tindakan drastik yang perlu dilakukan setiap warga dunia, termasuk umat Islam? Dan adakah amalan melestari bumi terangkum dalam kerangka ibadah dan tuntutan keimanan?

40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar mengemukakan prinsip dan amalan yang difahami daripada 40 hadis sahih dan hasan terpilih. Pengarang menghuraikan ajaran Nabi Muhammad SAW dalam konteks pelestarian alam sekitar kontemporari dari aspek tauhid, fikah, dan tasawuf yang diadun dengan fakta sains dan kajian empirikal. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat, demi membantu pembaca memahami ajaran Islam secara menyeluruh, yang merangkumi tanggungjawab dan peranan manusia melestarikan alam sekitar sebagai khalifah di muka bumi, bersesuaian maksud firman Allah SWT: “negeri yang baik dan (mendapat ampunan dari) Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Terjemahan surah Saba’ | 15)

Tentang penulis

PROF. DATO‘ SERI IR. DR. ZAINI UJANG ialah jurutera alam sekitar bertauliah yang berusaha menjadikan peleslarian alam sekitar sebagai tanggungjawab semua pihak sebagai salu cara dan gaya hidup, bukan didorong oleh peruntukan perundangan atau lugasan kerjaya. Beliau mengemukakan Eco-Shift dan EcoHabits sebagai kerangka transformasi secara menyeluruh untuk melestarikan alam sekitar. Zaini ialah penyandang Kursi Profesor Pelestarian Alam Sekitar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau pernah menjadi Kelua Setiausaha beberapa kementerian, dan mantan Naib Canselor UTM. Beliau juga ialah mantan Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling dan mantan Naib Presiden Pertubuhan Air Antarabangsa (lWA).

PROF. DATO’ DR. ZULKlFLl MOHD YUSOFF ialah profesor pengajian Islam yang berusaha untuk memahamkan masyarakat lenlang al- Quran dan al-Sunnah, sesuai dengan cabaran dan persekilaran semasa. Beliau banyak menghasilkan karya berkaitan tafsir al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW. Zulkifli ialah panel pelbagai jawatankuasa peringkal kebangsaan dan luar negara, terulama di Asia Barat. Zulkifli ialah manlan Pengarah, Akademi Pengajian lslam, Universiti Malaya (UM) dan masih memegang jawalan Ketua Pusat Penyelldikan al-Quran, UM.

Weight 1500 g
Dimensions 24.2 × 17.2 × 4 cm