1262 – Penemuan Tarikh Baru

,

Abdul Rahman Bin Ismail, Abdullah Zakaria bin Ghazali & Zulkanain bin Abdul Rahman
2016 (Reprint). IKSEP.
Softcover, 25.9 cm x 17.9 cm, 75 Pages
Illustrated
ISBN: 9789832600374

RM25.00

Browse Wishlist

Kerajaan dan Kesultanan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara atau Iskandar Syah. Namun begitu, tarikh penubuhan kerajaan ini sebelum ini tidak dapat dinyatakan dengan pasti. Sumber sebelum ini hanya berasaskan pendapat para penulis Portugis kurun ke-16 dan andaian serangan Majapahit ke atas Palembang yang dikatakan terjadi pada tahun 1397 dan butiran kehadiran raja-raja Melaka ke China dalam kitab resmi Kerajaan Ming pada awal kurun ke-15.

Para sarjana umum, menyebut Kerajaan Melayu Melaka didirikan sekitar 1400 masihi. O.W. Walters yang meneliti sumber China dan berpendapat Melaka yang dibuka Raja Seri Iskandar Syah / Parameswara sama ada pada tahun 1399 atau 1400 tahun.

Mutakhir ini, pakar sejarah Malaysia telah membuat penyelidikan dan kajian telah mendapat penemuan baru tarikh sebenar Pengasasan Kerajaan Melayu berdasarkan sumber Sejarah Melayu atau Sulalal-us-Salatin, naskhah Raja Bongsu dan sumber Belanda adalah pada tahun 1262.

Penemuan ini menyangkal pendapat terdahulu yang mengatakan Melaka dibuka pada tahun 1400 yang digunapakai sehingga hari ini. Bacalah buku ini untuk kupasan yang lebih mendalam.

Weight 250 g
Dimensions 25.9 × 17.9 × 0.5 cm