Sejarah KL wajar dikaji semula

Bukti baharu Sutan Puasa pengasas Kuala Lumpur, Yap Ah Loy membangunkan ibu negara
Image result for Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong

Ketua Kluster Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong (Pic: utusan.com.my)

KUALA LUMPUR – Pakar-pakar sejarah tempatan menggesa kerajaan untuk mengkaji dan meneliti semula fakta dalam buku teks sejarah sekolah mengenai kesahihan individu pertama yang membuka Kuala Lumpur.

Ketua Kluster Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, fakta dan bukti baharu sejarah yang ditemui telah menyatakan usahawan perlombongan dan pedagang timah berketurunan Mandailing dari Suma­tera, Indonesia iaitu Sutan Puasa me­rupakan individu sebenar yang membuka Kuala Lumpur.

“Selama ini, sejarah dicatatkan bahawa Kapitan Cina ketiga dan pengusaha lombong bijih timah, Yap Ah Loy diangkat sebagai pengasas Kuala Lumpur yang menjadi ibu negara Malaysia.

“Namun begitu menerusi bukti baharu yang dijumpai, Yap Ah Loy bukan orang pertama membuka Kuala Lumpur tetapi pembukaan ibu negara itu ialah Sutan Puasa,” kata beliau ketika dihubungi semalam. — Rasdan Ahmad & Noraini Hassan Basri

This article first appeared on 14 April 2018 in Kosmo