bina-sgor-cvr

Warisan Seni Bina Selangor

RM40

Prof. Dr. Mohamad Tajuddin bin Mohamad Rasdi
2012. Dewan Bahasa & Pustaka.
Softcover, 109 pages.
ISBN: 9789834606701

Product Description

Selangor merupakan negeri yang terkaya dan paling moden di Malaysia. Sejarahnya memperlihatkan campur tangan Inggeris dalam pentadbiran yang menyebabkan pemesatan dan meninggalkan warisan politik. Bangunan-bangunan yang disajikan dalam buku ini mencerminkan warisan penjajahan Inggeris yang tertera dalam bentuk seni bina seperti rumah kelab, bangunan pentadbiran dan pejabat. Terdapat juga pengaruh Inggeris dalam bahasa seni bina istana, masjid dan kuil. Warisan tinggalan Inggeris memaparkan suatu campuran menarik di antara tradisi klasikal Barat dengan pengaruh iklim serta budaya kehidupan masyarakat timur. Ciri-ciri seni bina baharu ini merupakan satu warisan penting terhadap idea seni bina Malaysia moden yang mencerminkan warisan positif pentadbiran dan politik penjajah.

Selangor is the richest and most modern state in Malaysia. Its history shows how the English administration caused misdirection and influenced the political heritage. The buildings presented in this book reflectethe heritage of the colonisation of the English, evident in the structural designs, for example, club houses, administration buildings, and offices. The English influence can also be seen in the architectural styles of palaces, mosques and temples. The legacy left by the English explained an interesting mix between Western traditional classics with the influence in climate and the culture of the eastern society. Features of these new architectural styles are an important heritage for the architectural idea of a modern Malaysia, reflecting positive heritage in terms of administration and colonisation politics. 

About the Author
Prof. Dr. Mohamad Tajuddin bin Mohamad Rasdi ialah seorang Professor di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, University Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bharu. Beliau dilahirkan di Kepala Batas, Seberang Prai pada tahun 1962. Beliau telah mula berkhidmat di UTM sejak tahun 1987. Prof. Dr. Mohamad Tajuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Marks, Butterworth dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hua Lian, Taiping. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains (1984) dalam Seni Bina dan Ijazah Sarjana (1986) dari University of Wisconsin, Milwaukee (Amerika Syarikat). Beliau dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Seni Bina oleh University of Edinburgh, (United Kingdom) pada tahun 1996. Prof. Dr. Mohammad Tajuddin telah banyak menyumbang bahan penulisan berupa rencana dalam akhbar, majalah, jurnal kebangsaan, jurnal antarabangsa dan kertas seminar pada peringkat dalam dan luar negara. Beliau mempunyai kepakaran khusus dalam budang Sejarah dan Falsafah Seni Bina Islam dan juga Seni Bina Moden dan Tradisional Melayu.

Prof. Dr. Mohamad Tajuddin bin Mohamad Rasdi is a senior lecturer at the department of Architecture, Faculty of Built Environment at the Technology University of Malaysia, Johor. He was born in Kepala Batas, Seberang Prai on the year 1962. He started his service in UTM since the year 1987. Prof. Dr. Mohamad Tajuddin accepted early education at Sekolah Rendah St. Marks, Butterworth and Sekolah Menengah Kebangsaan Hua Lian, Taiping. He received his Bachelor (1984) in Architectural Studies and Master of Architecture (1986) from the University of Wisconsin, Milwaukee. He was conferred a Doctorate in Architecture from the University of Edinburgh, Scotland on the year 1996. Prof. Dr. Mohammad Tajuddin contributed numerous writings in the form of short passages in newpapers, magazines, international journals and seminar papers in both domestic and foreign stages. He has a specific expertise, especially in the fields of History and the Philosophy of Islamic Architecture, and also Modern and Traditional Malay Architecture.

 

Additional Information

Weight 370 g
Dimensions 5 x 5 x 0.5 cm