Warisan-Seni-Bina-Negeri-Sembilan.jpg

Warisan Seni Bina Negeri Sembilan

RM40

Prof. Dr. Mohamad Tajuddin bin Mohamad Rasdi
2012. Dewan Bahasa & Pustaka.
Illustrated. Softcover, 88 pages.
ISBN: 9789834606718

Product Description

Buku ini memaparkan warisan tradisional Negeri Sembilan yang tidak disentuh oleh penjajah. Pelbagai rumah dan bangunan yang ternukil daripada lakaran halus pelan, tampak, keratin dan aksonometrik mendedahkan keunggulan butiran teknologi kayu dan juga perancangan ruang dalaman yang mencerminkan konteks sosiobudaya silam masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Kehidupan orang Melayu Negeri Sembilan tradisional mempengaruhi bentuk bangunan dan susunan ruang serta ukiran yang terbina daripada tukang-tukang yang mahir. Tidak ada warisan tradisional negeri-negeri lain yang mempunyai kesatuan ciri yang sejelas warisan seni bina tradisional yang dipaparkan dalam lakaran buku ini.

Tentang penulis: Prof. Dr. Mohamad Tajuddin bin Haji Mohamad Rasdi ialah seorang profesor di Jabatan Seni Bina, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Beliau dilahirkan di Kepala Batas, Seberang Prai pada tahun 1962. Beliau mula berkhidmat di UTM sejak tahun 1987 lagi. Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sains (1984) dalam Seni Bina dan Sarjana (1986) dari University of Wisconsin, Milwaukee (AS). Beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Seni Bina oleh University of Edinburgh, (UK) pada tahun 1996. Beliau pernah dijemput sebagai penulis tamu bagi “Ruang Arkitek Menulis” dalam Utusan Malaysia dan kini masih menulis untuk iuang “Architecture Inside Out” dalam The Star. Beliau juga menjadi Penasihat Utama MASSA (Modem and Architecture Study in Southeast Asia, Taylors University College dan Center for Islamic Architecture from the Sunnah (CIAS) di Universitas Islam Nagari, Malang, Indonesia.

Additional Information

Weight 300 g
Dimensions 25.2 x 25.3 x 0.6 cm