Warisan Melayu Sri Lanka

RM40

Ismail Hussein, Awang Sariyan
2015. Dewan Bahasa & Pustaka.
Softcover, 632 pages.
ISBN:9789836280565

Product Description

Buku ini merupakan hasil usaha awal pengumpulan makalah-makalah tentang Melayu Sri Lanka yang dihasilkan oleh penulis-penulis Sri Lanka. Buku ini terbahagi kepada sepuluh bahagian yang mencakup sejarah umum dan budaya; masjid dan keramat; kegiatan sukan; dan juadah Melayu di Sri Lanka. Buku ini penting dalam konteks pendokumentasian dan penyebaran maklumat tentang bahasa, pesuratan dan kebudayaan Melayu di daerah luar dari Nusantara, iaitu daerah yang mewarisi tradisi tamadun Melayu dan yang menjadi bukti penyebaran bangsa Melayu yang luas.

Buku ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui sejarah asal orang Melayu Sri Lanka, dan warisan persuratan, bahasa dan budaya yang masih dapat dilihat sehingga hari ini.

Pengenalan

Sri Lanka yang dahulu dikenal sebagai Ceylon memiliki erti yang tersendiri dalam perkembangan bahasa dan peradaban Melayu. Barangkali tidak berlebihan kami katakan bahawa berbanding dengan diaspora Melayu di rantau lain, waris Melayu di Sri Lanka merupakan kelompok yang amat jelas iltizamnya dalam upaya mengekalkan dan mengembangkan aspek-aspek peradaban Melayu dalam kalangan generasi semasa, termasuk generasi mudanya. Orang Melayu Sri Lanka yang berjumlah sekitar 50,000 orang (angka sebenarnya dijangka lebih daripada itu) menggerakkan usaha melestarikan “cara hidup Melayu” melalui kegiatan Persatuan Melayu Sri Lanka yang jumlahnya hampir 20 buah. Kami berpeluang menyaksikan pengaktifan semula badan yang menaungi semua persatuan itu, iaitu Sri Lankan Malay Association Confederation (SLAMAC) dalam kunjungan kerja kami pada 22-26 Jun 2002.

Additional Information

Weight 744 g
Dimensions 21.5 x 14 x 3 cm