Ukiran Kayu Melayu Tradisi

RM60

Abdul Halim Nasir
2016. Dewan Bahasa Dan Pustaka
Hardcover, 150 pages
ISBN: 9789834903527

Product Description

Ukiran Kayu Melayu Tradisi merupakan buku berilustrasi bagi bacaan umum ini memaparkan pelbagai aspek seni ukiran kayu yang terdapat pada rumah-rumah Melayu. Gambar dan ilustrasi yang dimuatkan secara terperinci lagi jelas dapat membantu pembaca memahami nilai seni yang terdapat pada seni ukiran kayu Melayu tradisidan menikmati keindahannya. Buku ini juaga menjelaskan sejarah asal usul motif ukiran tersebut, falsafah hidup,budi bahasa dan sopan-santun “Orang Melayu” yang telah diterapkan ke dalam motif-motif ukiran kayu tersebut.

Di Semenanjung Malaysia seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa kerana ia merupakan satu bentuk seni dalam bidang yang sama. Bidang ini pula tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan Melayu yang berterusan sepanjang zaman. Jika disorot kembali masa-masa yang lampau dengan mengambil titik permulaan dari peralihan zaman prasejarah ke era zaman sejarah, terdapat satu zaman yang penuh mencabar bagi bangsa Melayu, iaitu zaman yang digelar Zaman Kebudayaan Batu Hidup atau Megalitik. Pada zaman itu manusia Melayu telah mula mendirikan tugu-tugu batu yang mempunyai nilai-nilai spiritual berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk anemisme dan pemujaan leluhur yang mereka anuti ketika itu.

Zaman yang telah ditinggalkan beribu-ribu tahun lampau itu masih mampu memperlihatkan kesan-kesan peninggalan monumen kepada generasi pada masa ini. Contoh-contoh ini menunjukkan bahawa mereka juga menghayati apa yang dikatakan seni ukiran dan seni rupa, walaupun mereka sendiri mungkin tidak pernah terfikir atau menerima ilmu yang mengutamakan keindahan dan penciptaan keindahan baik daripada sudut falsafah sosial mahupun daripada sudut sosiobudaya.

This generously illustrated book showcases various aspects of the art of wood carving found on Malay houses. The photographs and illustrations that have been selected will inspire the reader to understand the value and beauty of the traditional wood carvings. The book also explains the origins of the history of the carved motifs, and the philosophy of life, grace and politeness of the Malays imbued within the leitmotifs.

In Peninsular Malaysia, art carving is inseparable from fine art as they belong within the same field. Throughout the ages, art carving has also been inseparable from Malay culture. If one highlights the distant past by taking as the starting point the transition from prehistory to modern history, we find a period of great challenge for the Malay race, one which is dubbed the Living Stone Age or Megalithic Culture. During that time, the Malays began to erect monuments of stone imbued with spiritual values ​​in the form of ancestor worship and animism.

Artefacts from thousands of years past still show traces of the appreciation for carvings and art, even though they may not necessarily have been the products of serene and aesthetical inspiration, whether through social philosophy or from socio-cultural perspectives.

Tentang Penulis: Abdul Halim Nasir, seorang kakitangan Muzium Negara ialah seorang penulis yang telah banyak menulis tentang sejarah, kebudayaan dan seni tempatan. Di dalam semua penulisan beliau, mahupun rencana ataupun buku, beliau telah berjaya menggabungkan pengalaman luas beliau dalam sejarah dan tamadun Melayu dan dengan kemahiran beliau di dalam bidang fotografi telah menghasilkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu yang baik dan informatif.

About the author: Abdul Halim Nasir, gainfully employed at the National Museum, is an author who has written extensively on history, culture and local art. In all his  well researched and informative writings, he has managed to combine his vast experience in the history and civilization of the Malays with his photographic skills.

Additional Information

Weight 700 g
Dimensions 24.9 x 17 cm