tigaabad_cvr

Terengganu Merentasi Tiga Abad

RM40

Abdul Rahman Embong
2012. Yayasan DiRaja Sultan Mizan
Softcover, 22.7cm x 15,2cm, 274 pages
ISBN 9789671084427

Product Description

Buku Terengganu Merentasi Tiga Abad terdiri daripada sejumlah kertas kerja terpilih yang telah diperbaiki hasil persidangan sempena tiga abad kesultanan Terengganu yang diadakan pada Oktober 2008 di Kuala Terengganu. Esei-esei dalam buku ini menghuraikan perkembangan Terengganu daripada pelbagai sudut — daripada sejarah awal membawa kepada kelahiran dan perkembangan institusi kesultanan tiga abad yang lalu, sistem politik dan pemerintahan, penjajahan dan usaha mempertahankan kemerdekaan, perubahan alam bina dan pembangunan ekonomi, institusi agama serta warisan seni bina dan seni budaya. Walaupun bukan sebuah buku sejarah dalam erti kata konvensional, ia memberi perspekif sejarah kepada pelbagai tema yang dibicarakan. Kini negeri Terengganu dan rakyatnya sedang memasuki abad ke-21 dengan pelbagai cabaran baru dalam menangani arus globalisasi yang pantas. Pelbagai cabaran politik, ekonomi, agama, pendidikan, budaya dan sebagainya perlu ditanganinya dengan berkesan dan bijak. Untuk maju ke hadapan, kita perlu menoleh ke belakang melihat dan menarik pengajaran daripada sejarah agar kita dapat memanfaatkan kekuatan warisan silam dan tidak mengulangi kesilapan sejarah. Buku ini perlu dibaca oleh pelajar, pengkaji, pembuat dasar dan orang awam bagi tujuan memahami masa lampau Terengganu dan cabarannya pada hari ini demi melangkah ke hari depan dengan lebih berkesan.

Tentang penulis: ABDUL RAHMAN EMBONG, PhD, ialah Profesor Emeritus dalam bidang sosiologi pembangunan serta Felo Penyelidik Utama lnstitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia. Anak kelahiran Terengganu, beliau seorang pengarang yang prolifik, dan telah menghasilkan banyak buah buku, bab dalam buku, artikel jurnal serta ucap utama dan kertas kerja persidangan di dalam dan Iuar negara. Beliau memimpin Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) selaku Presiden selama sepuluh tahun dari tahun 2000 hingga 2010, dan kini menjadi Penasihat PSSM. Beliau juga ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) semenjak Yayasan ditubuhkan pada tahun 2005.

Additional Information

Weight 550 g
Dimensions 22.7 x 15.2 x 1.5 cm