• Sorry, this product is unavailable.
tarikh-cvr
tarikhkk_cvr

Tarikh Kuala Kubu 1780-1931

RM80

Ahmad Termizi Yaacob
2016. PESKUBU (Persatuan Sejarah Kuala Kubu)
Illustrated. Hard cover, 22.2cm x 30.2cm, 100 pages
ISBN No: 9789671439500

Product Description

Antara tujuan utama buku ini diterbitkan ialah untuk memberi satu imbasan (glimpse) sejarah dalam kerangka waktu supaya persejarahan Kuala Kubu dapat dibentangkan dengan lebih saksama lagi supaya. lni sangat penting kerana dengan penghayatan sejarah yang sebenarnya dapat membina jatidiri generasi sekarang dan akan datang.

Seperti kata George Orwell: “The most effective way to destroy people is to deny and obliterate their own understanding of their history”

Terdapat perbezaan yang ketara di antara sejarah Iisan yang dikutip dari generasi ke generasi berbanding dengan rekod-rekod rasmi yang disusun mengikut kronologi. Sejarah lisan yang membuat banyak andaian ini mengakibatkan persepsi yang salah dan juga telah menutup peristiwa-peristiwa besar yang sepatutnya diketahui dan dijadikan panduan sebagaimana sepatutnya sejarah itu sendiri menjadi pedoman untuk generasi yang mendatang. Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang tertutup akibat sejarah lisan yang tidak tepat, iaitu:

1. Pembinaan empangan besar Kuala Kubu 100 tahun sebelum kedatangan British oleh orang Melayu sendiri dengan menggunakan kepakaran kejeruteraan Melayu zaman itu untuk tujuan perlombongan.

2. Bencana alam dalam bentuk banjir besar setiap kali musim tengkujuh yang membawa lanar dan Iumpur yang akhirnya menenggelamkan langsung Kuala Kubu Lama di bawah tanah. Ini akibat dasar rakus British yang membuka dan mengeksploitasi hasil perlombongan sebanyak mungkin.

Untuk memberi imbasan gambaran yang lebih tepat maka sebab itulah buku ini diusahakan supaya peristiwa-peristiwa itu disusun mengikut kronologi yang akan dapat memberi sedikit kefahaman tentang sejarah sebenarnya Kuala Kubu.

Buku ini juga diberi tajuk ‘tarikh’ sempena inspirasi dari satu genre penulisan tamaddun Islam semenjak 1000 tahun dahulu, walaupun ia sangat kerdil jika dibandingkan dengan tokoh-tokoh silam seperti lbn Khaldun atau al-Waqidi.

Bagaimanapun buku ini tidaklahjuga bermaksud sebagai satu kerja ilmiah, tetapi ia Iebih persembahan ringan untuk re-alignment persepsi awam terhadap naratif sejarah Kuala Kubu dan juga sebagai asas kepada kajian-kajian sejarah yang boleh dilakukan.

Diharap dengan penerbitan buku ini, masyarakat akan dapat melihat sepintas lalu gambaran ringkas kepelbagaian dan keunikan sejarah Kuala Kubu yang melalui zaman kancah peperangan yang brutal, tragedi, tradisi, era kolonial dan awal pembangunannya dari zaman 1780an hinggalah tahun 1930 semasa era Kuala Kubu Bharu.

Additional Information

Weight 850 g
Dimensions 22.2 x 30.2 x 1.3 cm