naning_cvr

Tambo Alam Naning

RM50

Mohd Shah b Mohd Said Al-Haj
2014 (edisi ke-3). Dewan Bahasa & Pustaka.
Illustrated. Softcover, 512 pages.
ISBN: 9789836247216

Product Description

Tambo Alam Naning ialah suatu pendokumentasian Adat Perpatih Naning yang terperinci dan tersusun. Buku ini merupakan hasil usaha Yang Amat Mulia Dato’ Mohd Shah bin Mohd. Said al-Haj, Orang Kaya Seri Raja Merah dato’ Penghulu Naning (Undang Naning yang ke-18) yang amat prihatin terhadap peranan dan fungsi undang-undang adat dalam pembentukan susila masyarakat Melayu umumnya. Pendokumentasian ini amat penting dalam pembangunan tamadun bangsa Melayu, mencerminkan ketertiban adab dan adat berasaskan agama Islam dalam kehidupan bangsa Melayu. Daripada penglahiran undang-undang adat yang asalnya dalam bentuk lisan, kini generasi kita dan generasi yang akan datang boleh terus menyelami kehalusan, ketinggian, dan kejituan tamadun bangsa Melayu melalui buku Tambo Alam Naning ini.

Naning, yang pada suatu masa dahulu merupakan salah satu wilayah Negeri Sembilan, adalah daerah yang termasuk dalam wilayah pentadbiran negeri Melaka sekarang ini. Sungguhpun telah terpisah dari Negeri Sembilan, masyarakat Naning tetap berpegang pada Adat Perpatih. Hal ini jelas diperlihatkan dalam peruntukan Perlembagaan Negeri Melaka Bahagian IV yang memberikan pengkhususan kepada pengamalan Adat Perpatih Naning, dan Dato’ Penghulu Naning bertanggungjawab memberi nasihat tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan Adat Perpatih Naning. Terdapat sedikit kelainan antara Adat Perpatih Naning dengan Adat Perpatih Negeri Sembilan (misalnya, dalam adat memutuskan tali pertunangan). Walau bagaimanapun, asas dan konsep Adat ini tetap sama kerana ia berasal daripada umbi yang sama iaitu tanah leluhurnya, Minangkabau. Sesungguhnya Tambo Alam Naning ini adalah suatu pendokumentasian yang penting dalam pewarnaan tamadun budaya bangsa Melayu.

Additional Information

Weight 1000 g
Dimensions 23.5 x 16.4 x 2.7 cm