Syair Boria: Biografi Abdullah Darus

RM12

Sohaimi Abdul Aziz and Rosmah Derak
2010.  Persatuan Karyawan Pulau Pinang
Softcover, 20.8cm x 14.7cm, 155 pages
ISBN 9789834413217

Product Description

Abdullah Darus merupakan tokoh boria yang tidak asing lagi di Pulau Pinang. Penglibatan beliau dalam persembahan boria bermula pada tahun 1948. Buku ini memaparkan kisah penglibatan Abdullah dalam dunia boria dan kekuatannya sebagai pengarang syair boria yang tersohor di Pulau Pinang. Syair boria yang dihasilkan memperlihatkan susunan kata dan ayat yang terpilih, rapi, bertenaga dan indah serta mampu membawa mesej yang jelas dan kadang-kadang menyindir. Syair borianya bukan sahaja indah, malah dipadukan dengan pesan Islam yang menjadi ramuan dalam penulisan beliau.

Tentang Pengarang

Profesor Madya Dr. Sohaimi Abdul Aziz ialah anak kelahiran Bukit Dumbar, Jelutong, Pulau Pinang. Beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 1995. Beliau memberi perhatian kepada penelitian budaya. Setakat ini, beliau telah meneliti ghazal parti, tokoh budaya, Cina peranakan dan boria. Antara bukunya ialah Ghazal Parti Pulau Pinang (2006) dan Sanggar Budaya: Biograpfi Mohamed Bahroodin Ahmad (2008). Beliau juga mengedit sejumlah buku yang berkaitan dengan tokoh sastera dan sejarah budaya. Antara buku itu ialah Dari Tanjung Penaga ke George Town, Membongkar Sejarah Negeri Pulau Pinang (2007).

Rosmah Derak ialah pelajar doktor falsafah yang sedang mengikut pengajiannya di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau mengkhusus dalam bidang kesusasteraan. Penyelidikan dan penulisan tentang seni dan budaya juga menjadi salah satu minatnya.

Kandungan

Penghargaan
Pengenalan: Daripada Takziya Kepada Boria
Abdullah Darus Budayawan Boria
Syair Boria dan Pemikiran Abdullah Darus
Penutup
Bibliografi
Lampiran (Senarai Syair Boria)
Pahlawan Cangkul
Angkatan Pendekar Gayong Malaysia
Boria Kastam
Dendang Rakyat
Haja
Hari Kemerdekaan
Kebersihan
Kebudayaan
Kelab Gelugor
Kemiskinan
Kenangan Majlis Perpisahan
Madah Tok Aki
Madah Tok Ayah (1)
Madah Tok Ayah (2)
Malam Sambutan Sukan
Masyarakat Terkini
Pencemaran
Perkahwinan
Raja Pakau
Sempena Basmi Kemiskinan
Wawasan 2020
Hari Kebangsaan
Gema Perang Teluk

Additional Information

Weight 325 g
Dimensions 20.8 x 14.7 x 0.8 cm