sulalat_cvr

Sulalat al-Salatin

RM20

Muhammad Haji Salleh & Nor Aziana Mat Lazim
2015. Dewan Bahasa dan Pustaka
Softcover, 18.1 cm x 11.5 cm, 127 pages
ISBN 9789834611521

Categories: , .

Product Description

Sulalat al-Salatin ialah sumber terkaya dan terlengkap sejarah bangsa Melayu dan Nusantara sebelum kedatangan kuasa Barat. Sebagai karya sastera, buku ini tiada tandingannya. Karya ini ialah hasil akal budi seorang genius. Imaginasi yang subur, lukisan watak yang hidup, humor yang ditabur di tempat-tempat strategik dan kisah-kisah cinta serta jalur keturunan yang rumit — semuanya kekal dalam ingatan bangsa-bangsa di Nusantara, dan sering dirujuk penyair dan sejarawan. Pengarangnya menguasai beberapa bahasa, termasuk Arab dan Jawa. Buku ini ialah kumpulan petikan daripada yang terbaik, yang melukis watak dan juga peristiwa, yang menggarisbawahi nilai serta unggul manusia Melayu yang terdapat dalam Sulalatus Salatin, Ya’ni Perteturun Segala Raja-raja (1997).

Genius Tun Seri Lanang dikongsi oleh semua negara berbahasa Melayu. Beliau tersohor sebagai pujangga dan negarawan pada awal abad ke-17 dan meninggalkan kita sebuah karya yang sangat indah, yang berjudul Sulalat al-Salatin, yang juga sering dikenali sebagai Sejarah Melayu. Karya besar ini merakam sejarah bangsa-bangsa di Nusantara — Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa.

Menurut manuskrip terawalnya, yang kini tersimpan di Royal Asiatic Society, London, (MS Raffles 18), karya ini dikarang pada tahun 1612 di Batu Sawar, Johor, tetapi hanya selesai di Aceh dua tahun setelah itu, kemungkinan besar di negeri Samalanga, tempat Tun Seri Lanang diangkat menjadi raja. Tidak jelas dewasa ini apakah Tun Seri Lanang menjadi pengarang sebenarnya atau hanya penyuntingnya kerana mengikut mukadirnahnya karya yang “diperbaiki” itu berdasarkan sebuah “Hikayat Melayu” yang dibawa dari Goa (Sulawesi) dan diserahkan oleh Yang Dipertuan di Hilir, Raja Abdullah, kepadanya.

Bahasa Melayunya pula ialah alatan yang luwes, halus serta indah dan menjadi contoh penggunaan bahasa terbaik sehingga kini. Banyak kata dan kalimatnya masih menghiasi bahasa Melayu yang kita warisi hari ini. Peristiwa-peristiwa sejarah ditangkap oleh bakat yang peka lagi tajam, yang melihat bukan saja nasib bangsanya, tetapi juga episod-episod yang padat dan menganugerahkan makna canggih atau menyentuh hati nurani kita. Buku ini ialah kumpulan petikan daripada yang terbaik, yang melukis watak dan juga peristiwa, yang menggaris bawah nilai serta unggul manusia Melayu.

 

Additional Information

Weight 300 g
Dimensions 21.5 x 14.1 x 1.9 cm