Sanggar Budaya: Biografi Mohamed Bahroodin Ahmad

RM12

Sohaimi Abdul Aziz
2008. Persatuan Karyawan Pulau Pinang
Softcover, 21cm x 14.7cm, 83 pages
ISBN 9789834413200

Product Description

Budayawan Mohamed Bahroodin Ahmad adalah manusia seni yang telah memberi segala tenaga, fikiran dan perasaannya untuk melestarikan kegiatan budaya di Pulau Pinang. Sejarah hidupnya yang merentas masa yang panjang dan luas dari segi ruang perjalanan telah menjadikan Bahroodin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Baha seumpama sanggar budaya yang menjadi rujukan dan tempat menyelami sejarah dan keindahan budaya yang kian dipinggirkan. Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan seni persembahan seperti boria, bangsawan, tarian, lakonan dan dalam beberapa sisi budaya yang lain, Bahroodin telah mengukir satu lanskap budaya yang menarik di Pulau Pinang untuk disusuri dan dijejaki. Biografi ini menemukan pembaca dengan keunikan budayawan terkenal Pulau Pinang ini, peranan dan sumbangannya sehingga beliau dapat diangkat sebagai sanggar budaya.

Tentang Pengarang

Prof Madya Dr Sohaimi Abdul Aziz adalah seorang pengkaji yang giat membuat penyelidikan yang berkaitan dengan seni dan budaya di Pulau Pinang. Sarjana dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia ini telah menghasilkan beberapa buah buku dan esei yang berhubungan dengan kecenderungan beliau tentang seni dan budaya di Pulau Pinang. Di antara buku-buku yang telah biliau hasilkan ialah Ghazal Parti Pulau Pinang (2006) dan Dari Tanjung Penaga ke George Town membongkar Sejarah Negeri Pulau Penang (ed.) (2007), dan Cekrawala Penulisan Sejarah dan Intelektualisme. Sumbangan Penulis-Penulis Pulau Pinang (ed.) (2008). Beliau juga menulis buku dan esei yang berhubungan dengan teori dan kritikan sastera.

Kandungan

Penghargaan
Bab 1: Lahir di Tengah Bara
Bab 2: Berguru Dalam Duka
Bab 3: Seni Dari Jalanan ke Menara
Bab 4: Patah Tumbuh tak Berganti
Bibliografi

Additional Information

Weight 225 g
Dimensions 21 x 14.7 x .7 cm