View Cart "Warisan Seni Bina Melayu Terengganu" was successfully added to your cart.
Refleksi Historiografi cvr

Refleksi Historiografi Alam Melayu

RM60

Tatiana A. Denisova
2011. Penerbitan Universiti Malaya
Hardcover, 23.1cm x 15.2cm, 478 pages
ISBN 9789831005101

Categories: , .

Product Description

Buku Refleksi Historiografi Alam Melayu ini dihasilkan untuk mempersembahkan khazanah persuratan Melayu sebagai sumber sejarah yang penting dan berguna. Di samping itu untuk menarik perhatian para ilmuwan dan para pembaca mengenai bahan-bahan yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu lama akan betapa unggulnya karya tersebut. Penulisan ini juga dapat menunjukkan bahawa karya tersebut memuatkan cita-cita tinggi yang menjadi tonggak tamadun bangsa Melayu. Pembaca juga diperkenalkan dengan tulisan dan fikiran orang Melayu yang pernah mencipta karyanya pada kurun ke-13 hingga ke-19. Dengan itu, buku ini menyusun banyak petikan daripada teks sejarah Melayu dan melampirkannya dengan penjelasan dan analisis ilmiah. Teks yang dikaji dan dipilih itu adalah daripada sumber yang nyata dan konkrit supaya penelitiannya bersifat objektif. Adalah diharapkan bahan dalam buku ini seterusnya dapat digunakan untuk kajian yang berkaitan dalam bidang ilmu seperti sejarah, falsafah, etnologi, ekonomi dan sebagainya. Selain itu, tumpuan juga diberikan pada unsur kehidupan intelektual dan unsur ekonomi yang dirakamkan dalam teks sejarah Melayu. Kedua-dua aspek tersebut merupakan elemen utama dalam sejarah dan tamadun bangsa sekali gus menunjukkan tahap perkembangan dan kemakmuran masyarakat ketika itu.

Tentang pengarang: Dr. Tatiana Denisova merupakan seorang Profesor di Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. Denisova adalah seorang pakar dalam sejarah dunia Melayu, historiografi dan sumber-sumber sejarah. Beliau mendapat ijazah PhD daripada Institut Pengajian Oriental Moscow pada tahun 1998. Denisova mempunyai pengalaman mengajar yang luas, dan telah bekerja sebagai penyelidik, felo kanan, pensyarah dan penyunting. Denisova adalah ahli beberapa organisasi akademik dan profesional dan telah menerbitkan banyak buku dan artikel mengenai dunia Melayu dan sejarah secara umum.

Additional Information

Weight 750 g
Dimensions 23.1 x 15.2 x 2.5 cm