Rampai Sari Buah Tangan Penulis Kampar

RM35

Rampai Sari Buah Tangan Penulis Kampar
Anuar Mohd Yusof
Penerbit Menteri, 2013
Softcover, 22 cm x 15 cm, 294 pages
ISBN 9789671178638

Product Description

Rampai Sari Buah Tangan Penulis Kampar karya Anuar Mohd. Yusof menghimpunkan tulisan-tulisan penulis kelahiran Kampung Jeram, Kampar, Perak dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Tulisan-tulisan yang termuat dalam buku ini memaparkan pelbagai pengalaman rencam penulis sewaktu melalui zaman kanak-kanak di kampungnya yang amat kaya dengan unsur-unsur tradisional, kemelayuan dan keislaman yang mungkin tidak dilalui lagi oleh generasi muda sekarang. Pengalaman dan suasana hidup di Kampung Jeram, Kampar, Perak tentunya sesuatu yang sangat mahal dan bernilai untuk diketahui dan diingati semula oleh penulis untik dikongsi bersama masyarakat pembaca buku ini yang merupakan dokumentasi budaya yang unik dan bernilai.

Di samping itu, Anuar Mohd. Yusof juga melontarkan pemikiran dan pandangannya tentang beberapa hal yang berkaitan dengan kehidupan secara Islam seperti bertahnik, kisah hidup Rasulullah S.A.W, peranan wanita dan lelaki Muslim dan pelbagai isu lain yang diungkapkan dengan bersahaja dan berterus terang. Suatu keunikan penulis ini ialah keupayaannya menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan kreatif dan menarik.

Penulis buku ini, Anuar Mohd. Yusof dilahirkan pada 7 Mac 1954 di Kampung Jeram, Kampar, Perak. Beliau pernah bertugas di pelbagai unit, Jabatan Kesihatan Negeri Perak selama 31 tahun lapan bulan sebelum bersara. Beliau menulis esei, artikel, novel dan catatan kembara. Novelnya Memori Cinta diterbitkan oleh Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. pada bulan Mac 2010. Beliau merupakan Bendahari Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk).

 

Additional Information

Weight 501 g
Dimensions 22.4 x 15 x 1.2 cm

You may also like…