rajahajiali_cvr

Raja Ali Haji

RM28

Arbai’iyah Mohd Noor & Mohd Hanafi Ibrahim (penyunting)
2015. Dewan Bahasa dan Pustaka
Softcover, 21.55 cm x 14.1 cm, 256 pages
ISBN 9789834903565

Categories: , , .

Product Description

Buku Raja Ali Haji mengandungi himpunan sembilan hasil kajian yang diusahakan oleh kalangan sarjana dan peneliti persuratan Melayu. Ketokohan dan sumbangan kepengarangan Raja Ali Haji dalam pelbagai genre telah dikupas dengan mendalam daripada pelbagai tanggapan dan pendekatan. Inti pati pemikiran dan estetika susastera Raja Ali Haji dalam membina dan memantapkan sahsiah ummah dan bangsa Melayu telah dapat disingkap. Buku ini bermanfaat sebagai rujukan penting warisan peradaban persuratan Melayu khususnya untuk mengenali tokoh dan karya-karya pujangga silam

Naskhah-naskhah Persuratan Melayu lama merupakan sebahagian daripada karya agung warisan Melayu yang sangat bernilai. Pelbagal bldang llmu yang terkandung dalamnya sememangnya perlu dipugar, difahami, dikaji, diamalkan dan diperturunkan kepada generasi masa kini. Melalui telaah ilmu yang terkandung dalam karya persuratan dan susastera, pembaca akan dapat menyelami peradaban masyarakat Melayu, khususnya aspek persejarahan, keintelektualan, kebudayaan dan epistemologi. Penghasilan karya sedemikian ialah hasil pemikiran dan kreativiti tokoh pujangga silam Melayu yang terbilang.

Sumbangan Raja Ali Haji (1808-1873) sebagai seorang pujangga tersohor di rantau Nusantara dengan sejurnlah 12 buah karya persuratan dan susastera yang dihasilkannya dalam pelbagai bidang ilmu, sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Dalam usaha untuk menghargai dan mendalami pemikiran tokoh Nusantara ini, maka kajian terhadap kepengarangannya dan kalya- kalya yang dihasilkan sewajarnya dilaksanakan. Dengan hasrat yang sedemikian, Dewan Bahasa dan Pustaka mengusahakan sebuah penerbitan sebagai menghargai sumbangan besar tokoh tersebut. Hasil kajian ini dapat mengupas dan menganalisis sumbangan pemikiran tokoh Raja Ali Haji menerusi karya-karya yang dihasilkan untuk membcrikan manfaat kepada khalayak mendalami inti pati pemikirannya.

Di samping itu, Raja Ali Haji juga dianggap sebagai seorang budayawan dalam zamannya kerana sumbangan beliau dalam bidang bahasa dan kesusasteraan. Kitab Pengetahuan Bahasa yang merupakan kamus bahasa Melayu adalah karya penting tentang alam fikiran Melayu selain puisi-puisinya sepeni Syair Siti Sianah dan Gurindam Dua Belas yang sarat dengan suntikan nilai-nilai kerohanian. Semuanya dipaparkan dan dijadikan rujukan masyarakat ketika itu mahupun akan datang. Selain itu, peranan Raja Ali Haji sebagai seorang pentadbir, pembimbing raja dan pendidik umat begitu terserlah dalam karya Thamarat al-Muhimmahnya. Kelihatan pemikiran politik dan ketatanegaraan beliau bersumberkan teori politik Islam seperti yang terpapar dalam karya-karya klasik Siyasah Shar‘iyyah seperti karya al-Ghazali dan al-Mawardi yang secara umumnya membincangkan isu khilafah, imamah atau wilayah. Raja Ali Haji cuba membawa pembaharuan dari segi pengertian raja menurut peristilahan politik Islam seperti khalifah, sultan dan imam. Setiap satunya diberikan makna yang terperinci untuk panduan kepada para pemerintah selain menekankan rakyat mentaati raja, mengharamkan pengingkaran raja dan memecat seseorang raja sekiranya raja tidak menjaga kepentingan rakyat atau hilang keupayaan.

Additional Information

Weight 300 g
Dimensions 21.5 x 14.1 x 1.9 cm