puteri bintang cvr

Puteri Bintang Terang

RM8

Kasima Salinri
2015. Dewan Bahasa & Pustaka.
Softcover, 85 pages
ISBN: 9789834608507

Product Description

Puteri Bintang Terang berkisahkan cerita Puteri Pucuk Kelumpang, anak yang dinanti-nantikan oleh ayahanda dan bondanya. Ketika bondanya mengandungkannya, ayahandanya bersumpah untuk menyumpit anak itu jika yang lahir perempuan kerana Raja sangat menginginkan seorang putera. Selepas itu, ayahandanya pergi belayar. Apabila hari kelahiran tiba, bondanya melahirkan seorang puteri. Oleh sebab tidak mahu puteri dibunuh, maka dibinalah sebu mahligai setinggi tujuh tingkat untuk puteri tersebut.

Puteri Pucuk Kelumpang bersemayam dan membesar d tingkat yang ketujuh. Rakyat jelata diminta merahsiaka kewujudan puteri ini. Apabila Raja kembali, bagind akhirnya mengetahui akan kewujudan puterinya. Walaupu berat, Raja terpaksa melaksanakan sumpahannya. Puteri pun dipanggil turun clan Raja terpegun dengan kejelitaan puterinya. Sanggupkah Raja menunaikan sumpahannya? Apakah pula nasib Puteri Pucuk Kelumpang?

Puteri Bintang Terang salah sebuah cerita yang menarik dalam antologi cerita rakyat Sabah ini. Terdapat sembilan buah lagi cerita yang menarik dalam antologi ini, iaitu Nunuk Ragang, Si Talak, Bintang Tanggung, Kisah Si Agan dengan Puteri, Raja dan Si Pungut, Si Kinawa, Si Vagu dan Janggut Ajaib, Bayu dan Durian, dan Manusia, Gergasi dan Pelanduk.

Additional Information

Weight 200 g
Dimensions 20.4 x 13.4 x 0.5 cm