haji cover

Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah

RM40

Siti Amirah Abdullah, Mohd Kasturi Nor Abdul Aziz and Abu Talib Ahmad
2015 MBRAS
Softcover, 14 x 21.5 cm, 305 pages
ISBN 9789679948608

Product Description

Pulau Pinang pernah menjadi jajahan takluk Kedah sehingga 1786 apabila pulau ini diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur lnggeris. Menjelang 1804 Seberang Perai turut menjadi sebahagian dari negeri Pulau Pinang. Namun hubungan akrab antara kedua-dua negeri terus terjalin dengan Kedah menerima pelaburan dari Pulau Pinang sementara dari segi sosial pengaruh Kedah dapat dilihat melalui dialek Melayu Pulau Pinang. Hubungan ini juga dapat dilihat melalui perniagaan haji di Pulau Pinang yang turut menjangkau ke Kedah sementara Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah antara 1882-1943, turut menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan hubungan Kedah-Pulau Pinang.

Buku ini membicarakan perniagaan haji di Pulau Pinang sejak abad ke-19 hingga 1970-an yang berpusat di Lebuh Aceh, George Town. Kajian yang bersifat makro ini memberi tumpuan kepada penglibatan orang Melayu- Muslim dalam bidang ini selain kesan perniagaan haji kepada pelbagai sektor ekonomi di kawasan Lebuh Aceh termasuk perniagaan buku/kitab, percetakan dan juga kesannya kepada peniaga-peniaga bukan Melayu. Sementara itu Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid pula menyentuh pelbagai aspek sosio-ekonomi Kedah termasuk urusan belanjawan negeri Kedah, kegiatan ekonomi termasuk dari pelabur-pelabur Cina dari Pulau Pinang dan hubungan sosioekonomi Kedah dengan Siam dan lnggeris.

Pengenalan

Esei-esei dalam monograf ini disumbangkan oleh dua orang pelajar sejarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) tetapi dari tahap pengajian yang berbeza. Esei Mohd Kasturi Nor merupakan latihan ilmiah yang dihasilkan pacla tahun akhir pengajiannya sementara tulisan Siti Amirah pula merupakan disertasi yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan pengijazahan program mod campuran Sarjana Sastera (Asia Tenggara) yang ditawarkan oleh PusatPengajianI1mu Kemanusiaan. Mohd Kasturi Nor memfokus kepada Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid (1881–1943) serta kepentingan dokumen ini untuk sejarah sosioekonomi negeri Kedah khususnya bagi tempoh suku akhir abad ke-19 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua manakala Siti Amirah pula menumpu kepada sejarah perniagaan haji di George Town, Pulau Pinang antara 1860-an hingga 1970-an yang berpusat di Lebuh Acheh. Kawasan ini sentiasa meriah dan sibuk setiap kali musim haji. Keadaan ini kekal sehingga 1970-an apabila kapal terbang mengambil-alih kapal laut sebagai pengangkutan utama ke Tanah Suci Makkah mulai dekad tersebut.

Contents:

Pengenalan
Abu Talib Ahmad

  • I. Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah
    Abu Talib bin Ahmad
  • II. Sejarah Perniagaan Haji di George Town, 1860-an – 1970-an
    Siti Amirah binti Abdullah
  • III. Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Sebagai Dokumen Sejarah Sosioekonomi Negeri Kedah (1881-1943)
    Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz
  • IV. Indeks

Additional Information

Dimensions 21.5 x 14 x 1.5 cm