Pengantar Muzik Malaysia (Buku 1)

RM27

Tan Sooi Beng & Patricia Matusky
2004. The Asian Cultural Heritage Centre Berhad
Softcover, 171 pages, 24.1 cm x 16.72 cm
Illustrations, photographs and scores
ISBN 983949905X

Product Description

Di dalam buku ini yang bertajuk Pengantar Muzik Malaysia (Buku 1), muzik Malaysia dilihat sebagai lima kategori utama:

  1. Muzik klasik. Muzik klasik di Malaysia biasanya melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau istana. Dalam muzik klasik, asas sejarah serta teorinya agak kukuh untuk dipelajari. Sekumpulan lagu-lagu yang tertentu dikenali sebagai repertoir dalam genre muzik yang tertentu. Pemain-pemain dilatih mengikut cara yang sistematik. Proses latihan yang teratur dinaungi oleh golongan istana atau agensi-agensi kerajaan negeri. Idea terhadap profesionalisme diketahui di antara pemain-pemain itu. Beberapa genre muzik klasik yang dibincangkan dalam buku ini termasuk joget gamelan, dan orkestra Karnatak dan Hindustani dari India.
  2. Muzik rakyat. Berlainan daripada muzik klasik, muzik rakyat biasanya terdapat di kalangan masyarakat desa dan komuniti petani. Lazimnya sistem notasi muzik tidak wujud. Latihan muzik diadakan secara bersahaja dan pengetahuan mengenai teori muzik biasanya tidak dapat dikesan di antara pemain-pemain. Walaupun ada proses latihan memainkan alat-alat muzik itu, tetapi proses itu dilaksanakan dengan menggunakan cara atau kaedah peniruan (rote method). Idea profesionalisme boleh diwujudkan dalam tradisi muzik rakyat. Kebanyakan genre muzik yang dikaji di dalam buku ini adalah muzik rakyat. Contoh-contoh muzik rakyat termasuklah kompang, dikir barat, ensembel gong besar di Sabah dan Sarawak, ensembel tarian singa, caklempong, rebana ubi, alu dan tangbut, tumbuk kalang dan kulintangan.
  3. Muzik sinkretik. Muzik sinkretik yang kerapkalinya terdapat dalam budaya bandar, dapat juga didengar di kawasan desa. Dalam muzik sinkretik, unsur-unsur asli daripada muzik rakyat dan muzik klasik digabungkan dengan unsur-unsur luar seperti sumber muzik Arab, India, China, Portugal dan lain negara barat. Muzik yang telah diterima sebagai muzik sinkretik termasuk lagu asli, zapin, inang, masri, joget, dondang sayang, ghazal dan keroncong.
  4. Muzik popular. Muzik popular adalah muzik komersial yang disebarkan melalui media massa; iaitu piring hitam, radio, video, televisyen. Muzik popular mengutamakan alat muzik barat dan ciri-ciri muzik barat. Muzik ini fleksibel dari segi penyerapan unsur-unsur muzik yang berasal daripada pelbagai sumber. Muzik ini selalu berubah dalam jangka masa pendek dan kebanyakan muzik ini wujud seketika sahaja.
  5. Muzik seni kontemporari merujuk kepada muzik yang berasaskan ciri-ciri muzik barat yang mengutamakan alat-alat muzik barat atau gabungan alat dan ciri muzikal barat serta tempatan. Muzik seni kontemporari ini mempunyai asas teori dan menonjolkan ciri-ciri kehalusan serta profesional. Muzik seni dicipta oleh seorang komponis tertentu dan ditulis dengan sistem notasi tertentu. Walaupun terdapat perbezaan-perbezaan tertentu di antara lima kategori ini, kadangkala terdapat ciri-ciri yang bertindih.

Additional Information

Weight 350 g
Dimensions 24.1 x 16.2 x 1 cm