pemikiran-cvr

Pemikiran Politik Islam Dalam Sejarah Persuratan Alam Melayu

RM58

Auni Haji Abdullah
2015. University of Malaya Press
Softcover, 22.8 cm x 15 cm, 316 pages
ISBN 9789831008270

Product Description

Buku bertajuk Pemikiran Politik Islam Dalam Sejarah Persuratan Alam Melayu dipersembahkan ke persada para pembaca sekalian sebagai sumbangan kecil untuk menambah bahan-bahan bacaan yang cuba menggali khazanah persuratan Melayu Islam dengan memberikan fokus secara khususnya kepada buah pemikiran Islam yang berkaitan dengan politik dan pemerincahan yang pernah dihasilkan para ulama dan cendekiawan Alam MeIayu. Penghasilan karya ini Iebih menjurus kepada matlamat untuk memaparkan kepada masyarakat pembaca mengenai sumbangan persuratan Melayu Islam dalam memberikan warna baru kepada falsafah dan pemikiran politik dan pemerintahan rantau ini. Karya penulis kali ini lebih kepada hasrat melengkapkan dua karya penulis sebelum ini, Islam Dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan Alam Melayu dan Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme Dalam Sejarah Alam Melayu kerana kedua-duanya lebih menjurus kepada penelitian secara umum mengenai impak kedatangan agama Islam kepada arus sistem dan struktur pemerintahan dalam sejarah kesultanan Melayu. Selain itu turut mencetuskan penubuhan institusi-institusi pentadbiran Islam dan mencorakkan arus perkembangan politik dan mempengaruhi suasana pertembungan dengan kuasa imperialis Barat.

Buku ini terdiri daripada lapan bab. Bab Pertama memberikan tumpuan kepada paparan tentang aspek sejarah hubungan ulama dengan pemerintah dan pertaliannya dengan pertumbuhan genre penulisan pemikiran politik dan pemerintahan dalam sejarah tamadun Islam. Sementara sumbangan pemikiran setiap tokoh ulama Melayu yang dipilih akan dikupas dalam enam bab berasingan dari Bab Kedua hinggalah Bab Kelapan. Pemikiran setiap tokoh dengan tokoh pada bab berikutnya akan cuba dikait dan dibuat perbandingan pada bahagian akhir setiap bab untuk menunjukkan adanya kesinambungan. Selain itu diselitkan juga pemikiran beberapa tokoh ulama ternama Asia Barat sebagai perbandingan. Walaupun setiap satu bab berasingan di antara satu sama lain tetapi setiap satunya ada turutan pertaliannya dengan bab berikut dari pelbagai sudut. Bab kesembilan adalah penutup dengan rumusan keseluruhan tentang kandungan buku ini dan mengenai pelbagai unsur penting pengajaran yang baik untuk renungan bersama daripada pemikiran ketujuh-tujuh tokoh ulama tersebut.

Buku ini dipercayai dapat dimanfaatkan sama oleh para pembaca yang dahagakan bahan-bahan bacaan pengurusan Islam. Pengurusan ialah satu bidang amat digemari dan diperlukan oleh ramai kalangan masyarakat sekarang dan buku ini diharap dapat mengisi salah satu ruang kecil daripada keperluan ini dan seterusnya menjadi sumbangan berguna kepada para pembaca dan peminat di bidang ini. Apa yang diperkatakan sepanjang buku ini ialah persoalan-persoalan yang mengungkap prinsip-prinsip pengurusan yang masih ada kaitan dengan persoalan pengurusan hari ini. Di samping itu, penulis menaruh harapan besar kepada para pembaca dan peminat ilmu pengurusan supaya dapat menghayati buku ini dan seterusnya menginsafi dan menghargai bahawa kedatangan tamadun Islam ke rantau ini telah mewariskan tradisi pengurusan Islam yang masih boleh dimanfaatkan dan masih relevan dengan kehidupan masyarakat zaman sekarang. Semoga dengan itu segala usaha gigih dan mulia para ulama silam menghasilkan karya masing-masing yang menjadi bahan utama perbincangan buku ini tidak tinggal sia-sia begitu sahaja dalam khazanah persuratan Melayu.

Bahkan diharap juga buku ini dapat membantu sekurang-kurangnya sebagai bahan penyaring minda, penapis moral dan neraca perbandingan bagi para pembaca yang berminat menekuni karya-karya pemikiran politik dan pengurusan Barat khususnya bagi mereka yang teruja dengan karya-karya Machiavelli, Rousseau, Montesquieu, Locke, Hobbes, Drucker, De Bono, Covey, Hammer, Champy, Handy, Hamel dan lain-lain yang menjadi ikutan dan mempunyai peminat mereka masing-masing.

Additional Information

Weight 550 g
Dimensions 22.8 x 15 x 1.6 cm