param

Parameswara

RM25

Prof Emeritus Dato’ Dr Mohd Yusoff Hashim
2014. Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 22.8cm x 15.1cm, 142 pages
ISBN 9789832600206

Product Description

Parameswara merupakan putera Palembang yang datang ke Melaka selepas peristiwa perpecahan Empayar Majapahit. Beliau telah mengembara sehingga ke Temasek (Singapura), Muar, Ulu Muar dan akhirnya menetap di Bertam Ulu. Beliau telah membuat keputusan bijak memilih Melaka sebagai kerajaannya.

Parameswara merupakan nama besar di dalam nusantara kerana ketokohan dan kebijaksanaan beliau mengasas empayar Melaka menjadi negeri yang terkenal. Mereka bermula daripada kawasan perkampungan, telah muncul menjadi pelabuhan entrepôt yang terulung di Asia dan termasyur di dunia. Malah Parameswara telah menjadikan Melaka sebuah empayar yang kuat di alam Melayu. Sejarah Melayu ada menyebut Melaka pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah empayar Melayu yang teguh dan stabil di bawah satu susunan politik traditional yang teratur. Malah Tom Pires, seorang penulis Portugis telah menulis “Whoever is lord of Melaka has his hands on the throat of Venice.”

Ketokohan dan kebijaksanaan Parameswara meliputi dari segi politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah mengkagumkan ramai sarjana untuk mengkaji kehebatan tokoh ini. Penerbitan buku ini sedikit sebanyak akan memberikan gambaran yang jelas tentang ketokohan Parameswara dan Kerajaan Melaka mentadbir dengan demokratis dan sistematis. Dengan adanya penerbitan buku Parameswara Pengasas Empayar Melaka cetakan kedua, akan memberikan banyak maklumat kepada pengkaji-pengkaji sejarah dan generasi akan datang. Malah kajian-kajian tentang Kesultanan Melayu Melaka juga perlu digiatkan agar fakta-fakta sejarah dapat didokumentasikan dengan baik. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca sekalian.

 

Additional Information

Weight 450 g
Dimensions 22.8 x 15.1 x 1 cm