pantun_cvr

Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa

RM250

Prof (Adj) Datuk Dr Hj Mohd Jamil Mukmin
2015. Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 25.5cm x 20.5cm, 1267 pages
ISBN 9789832600312

Product Description

Pantun Warisan Khazanah Budaya Bangsa menceritakan tentang puisi Tradisional Melayu turun-termurun yang tertua di dalam budaya Melayu, selain mentera. la menggambarkan jiwa dan peribadi bangsa Melayu dari sudut keindahan bahasanya. Pantun juga adalah akar budi dan daya rasa yang selalu membijaksanakan fikiran dan memperindah perasaan. la wujud dalam pelbagai wajah dan rupa bentuk. Boleh dikatakan semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya sendiri mengikut dialek nnasing-masing.

Bila memandang ke muka laut,
nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Banyak duri perkara duri,
Tidak sama duri mengkuang;
Banyak budi perkara budi,
Tidak sama budimu seorang.

Pantun telah menjadi sub-budaya wadah penerokaan diri bangsa Melayu demi memperkasa dan menambah integrit serta pembangunan nilai bangsa kita. Pantun dicipta sebagai suatu pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara. Malahan, pantun digunakan untuk menyindir, berjenaka, memberi nasihat dan sebagai hiburan. Pantun sering menjadi pilihan dalam pelbagai acara kerana keistmewaannya menggambarkan kehalusan seni keprihatnan masyarakat Melayu terhadap alam dan ruang lingkup budayanya yang mencerminkan peribadi dan sifat terpuji orang-orang Melayu.

Dalam genre puisi, pantun tergolong sebagai puisi terikat yang mempunyai peraturan dan struktur tertenfu. Biasanya pantun terdiri daripada empat larik serangkap, empat perkataan selarik, mempunyai skima rima a-b-a-b. Meskipun begitu, ia juga mempunyai variasi dua Iarik, enam, lapan dan seterusnya dalam serangkap dan skima rima a-a-a-a seperti syair. Pantun juga boleh dilihat dalam bentuk berkait yang lebih dikenali sebagai pantun berkait.

Sejak dahulu, pantun digunakan sebagai pemanis kata dalam sesuatu majlis dan upacara rasmi. Dalam majlis rasmi atau majlis merisik, meminang dan perkahwinan, pantun diucapkan untuk melahirkan kasih sayang, hasrat, kias dan kegembiraan.

Additional Information

Weight 2500 g
Dimensions 25.5 x 20.5 x 5 cm