pantang-tanah
pantang-2

Pantang Tanah & Adat Berjojak Masyarakat Rao

RM35

2015. KayaCipta
Softcover, 21 cm x 14.8 cm, 120 pages
Text is in Malay. Illustrated
ISBN 9789671109588

Out of stock

Product Description

One of the traditions still actively practiced by the Rawas is the Adat Berjojak or Pantang Tanah, which concerns a toddler’s first step upon the ground. During this period, a newborn is forbidden from eating fowl or wearing any gold jewellery until he or she undergoes the Adat Berjojak, failing which, or so the Rawa community believes, family members will be struck with sickness or misfortune. It is widely held that the practice of Adat Berjojak is a must for Rawa descendants upon leaving Pagar Ruyung soil.


Buku Pantang Tanah dan Adat Berjojak Masyarakat Rao di Malaysia adalah sebuah buku kajian tentang budaya etnik Melayu berketurunan Rao atau Rawa khususnya mengenai Pantang Tanah dan Adat Berjojak yang sekian lama diamalkan oleh komuniti tersebut yang kurang diketahui umum. Penulisnya, Zabidin Haji Ismail seorang Pengkaji Masyarakat Rao Malaysia yang pernah sebelum ini menghasilkan buku-buku mengenai etnik tersebut seperti Puisi Rao Nusantara (2009), Sekondakhati (2009), Biografi Tokoh Rao (2013), Masyarakat Rao di Malaysia Analisis Tentang Sosiobudaya (2013) dan Tanah Seribu: Kumpulan Sajuk Rao (2015). Penulisan karya ini adalah untuk rujukan dan dokumentasi agar korpus budaya ini tidak luput ditelan zaman serta memberikan sedikit pengetahuan kepada pembaca di luar lingkungan masyarakat Rao. Buku ini telah menghuraikan secara terperinci salah satu korpus budaya Rao berasaskan pengalaman penulis serta input yang diperoleh melalui penyelidikan dan ditulis sebanyak tujuh bab yang tepu dengan profil, contoh, proses dan foto yang berkaitan. Karya ini adalah yang pertama pernah diterbitkan dalam bentuk buku khusus mengenai adatbudaya tersebut.

Masyarakat Rao memiliki keunikan adat budaya yang tersendiri tetapi amat jarang didedah ke pengetahuan umum, terpendam dalam kelompok etnik itu tetapi kekal diamalkan turun temurun dari satu generasi ke satu generasi. Contoh yang boleh diambil ialah adat berjojak dan pantang tanah antara adat resam etnik Rao yang menjadi ikon atau identiti kepada keturunan tersebut.

Etnik Rao adalah daripada bangsa Melayu yang ditakrifkan sebagai beragama Islam, bermastautin di Rao, berasal dari keluarga Rao melalui hubungan darah atau persemendaan tanpa batas sempadan, bahasa Rao dan mengamalkan adat-adat Rao (2009:49). Dalam konteks di Malaysia yang dimaksudkan “bermastautin di Rao” itu ialah yang tinggal di komuniti Rao. Walau bagaimanapun, ragam komposisi penduduk di Malaysia telah melonggarkan takrif tersebut kerana terdapat ramai orang Rao tidak tinggal setempat dalam kelompok Rao per ser tetapi bercampur dengan komuniti bukan Rao tetapi mereka masih lagi boleh bertutur dialek Rao dan mengamalkan adat-adat Rao.

Ramai yang kurang mengenali orang Rao atau Rawa. Istilah Rao adalah satu nama daerah di Pasaman, Sumatera Barat dan masyarakat Melayu berketurunan Rao di negara ini adalah berasal dari daerah tersebut manakala istilah Rawa merujuk kepada Rao yang tidak langsung dikenali di Pasaman, Sumatera dan ia hanya terpakai di Malaysia sahaja.

Selain Malaysia, suatu ketika dahulu menurut pengkaji sejarah Islam Nusantara, Wan Mohd Shaghir Abdullah (Utusan Malaysia: 19.3.2007), perkataan Rawa amat popular di Makkah kerana ramai orang Rao menjadi mutawif atau sheikh haji yang membawa bakal-bakal haji dari Pulau Pinang ke Makkah menerusi kapal barang.

Istilah Rawa di Malaysia bermula daripada Haji Abdullah Nordin al-Rawi yang mengasaskan syarikat percetakan dan penerbit Persama Press tahun 1921 di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Anak beliau bemama Haji Yusuf bin Abdullah tersohor dengan gelaran Yusuf Rawa (1922-2000) yang pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai duta ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki.

Pada asalnya disebut ar-Rawi mengikut istilah Arab yang bermaksud dibangsakan kepada ”Rao” tetapi lama kelamaan menjadi ar-Rawa yang menunjukkan asal seseorang itu iaitu dari Negeri Rao di Sumatra. Namun demikian, tidak terdapat dalam sejarah yang menceritakan orang-orang Rawa yang menuntut atau menetap di lain-lain negeri atau negara menggunakan perkataan Rawa atau Rawi’ dicantumkan pada akhiran nama mereka.

Penggunaannya juga dianggarkan bermula di sekitar awal abad ke-l9 khususnya sewaktu aktiviti pengajian Islam sedang berkembang pesat di Makkah. Juga tidak dapat dipastikan penggunaan ar-Rawa pada akhir nama seseorang itu bermula di Tanah Melayu atau Makkah. Walau bagaimanapun, mengikut catatan sejarah terdapat seorang syeikh terakhir di Makkah dalam kalangan orang Rawa bemama Syeikh Jamal Rawa yang menggunakan perkataan tersebut.

Mengikut penyelidikan kebanyakan ulama, da’i atau pendakwah Islam berketurunan Rao memakai Ar Rawi atau Ar Rawa di hujung nama mereka dan tidak pula diketahui kenapa mereka berbuat demikian. Namun begitu, adalah diyakini bahawa penggunaan perkataan Ar Rawi atau Ar Rawa kerana menyatakan rasa bangga dan kasih secara instrinsik manipulatif terhadap ketumnan mereka, apa tah lagi ketika berada jauh dan rindu terhadap tanah asal kelahiran mereka.

Antara tokoh agama berketurunan Rao yang dapat dikesan menggunakan perkataan tersebut ialah al marhum Syeikh Muhammad Shalih Rawa, al marhum Syeikh Muhammad Murid Rawa, al marhum Syeikh Imam Ishak bin Muhamad Arif Al- Khalidi An-Naqsyabandi Ar Rawi, al marhum Sheikh Ismail Naqsyabandy ar-Rawi dan Haji Abdul Hayy Ar Rawa.

For further reading, please see our newsletter.

Additional Information

Weight 400 g
Dimensions 210 x 148 x 7 cm