muzik-wayang-kulit_cvr

Muzik Wayang Kulit Kelantan

RM29

Patricia Matusky & Hamzah Awang Amat
1998. The Asian Centre
Softcover, 30 cm x 20.6 cm, 152 pages
Black & white photographs, illustrations and musical scores
ISBN 9839499041

Product Description

Muzik Wayang Kulit Kelantan membentangkan latarbelakang Wayang kulit Kelantan, juga dikenali sebagai wayang kulit Siam yang merupakan hasil kampung-kampung Kelantan. Jenis wayang kulit ini juga terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia utara dan di selatan negeri Thai. Masa kini wayang kulit ini terdapat di mana-mana sahaja orang Kelantan berhijrah terutamanya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pada masa kini cerita-cerita wayang kulit Kelantan dikisahkan dengan menggunakan bahasa tempatan (biasanya loghat Kelantan) yang dicampur dengan Bahasa Malaysia. Cerita asal tradisi wayang kulit ini ialah mitos Ramayana yang dikenali sebagai Cerita Maharaja Rawana dalam versi lisan Melayu. Tetapi, cerita-cerita yang lebih digemari dan dikisahkan ialah cerita ranting yang kadang-kadang berkait dengan cerita asal. Cerita-cerita rakyat Melayu dan tema-tema tempatan dan semasa juga digemari.

Dalam persembahan wayang kulit patung-patung bergerak dengan iringan muzik yang dimainkan oleh ensembel tertentu. Apabila Tok Dalang berdialog atau bercerita muzik tidak dimainkan. Tetapi, untuk menekankan bahagian-bahagian dialog tertentu atau menegaskan bahagian dialog yang melucukan, ensembel muzik akan menghasilkan kesan bunyi (dipanggil ’gertuk perkakas’), dan untuk mengiringi gerak-geri patung ensembel akan memainkan muzik tertentu.

Repertoir muzik wayang kulit Kelantan terdiri daripada sekurang- kurangnya tigapuluh lagu tertentu. Kesemua lagu boleh dijeniskan berasaskan kegunaan atau fungsi dalam cerita. Misalnya, terdapat lagu-lagu tertentu untuk mengiringi gerak-geri patung sebagai berjalan, menggali lubang, memburu, dan menghendap, sementara lagu-lagu lain digunakan bagi watak-watak tertentu sebagai Pak Dogol, Hulubalang, Maharisi, Seri Rama, Sangkaki dan lain lain.

Additional Information

Weight 650 g
Dimensions 30 x 20.6 x 1.1 cm