hafazan

Metodologi Hafazan Al-Quran

RM38

Sedek Ariffin & Zulkifli Mohd Yusoff
2015. Penerbit Universiti Malaya.
Softcover. 23cm x 15.2cm. 124 pages.
ISBN: 9789831008119

Product Description

Hafazan merupakan suatu teknik yang telah sekian lama dipraktikkan dalam pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sebagai salah satu teknik pemeliharaan al-Quran. Dalam proses penghafazan al-Quran, metodologi merupakan perkara asas yang sangat penting dan pokok bagi memastikan para penghafaz bukan sekadar mampu menghafaz namun lebih utama lagi adalah memastikan setiap ayat yang dihafal mampu dipahat dan dibaca semula tanpa melihat mushaf al-Quran dari awal surah al-Fatihah hingga ke akhir surah al-Nas. Buku Metodologi Hafazan Al-Quran menganalisis beberapa metodologi yang telah diguna pakai di Malaysia serta terbukti mampu menghasilkan para huffaz yang rasikh hafalannya dan mampu membaca keseluruhan al-Quran tanpa melihat kepada mushaf.

Kaedah-kaedah tersebut adalah kaedah Deobandy dari India, kaedah Panipati yang diamalkan di Pakistan, kaedah Luh dari Makkah al-Mukarramah, kaedah Cirebon dari Indonesia, kaedah Malwali dari Bangladesh dan kaedah Turki. Penulis mengkaji aspek-aspek pelaksanaan kaedah tersebut yang meliputi jadual harian, masa yang diperuntukkan serta kaitannya dengan tahap kemampuan seseorang huffaz.

Berdasarkan analisis terhadap kaedah-kaedah tersebut, terdapat tiga rukun utama yang perlu dipatuhi bagi memastikan para huffaz mampu mengingati keseluruhan al-Quran. Tiga rukun tersebut boleh dinyatakan sebagai hafalan baru, ulangan baru dan ulangan lama. Tiga rukun ini perlu bergerak serentak dan secara sistematik berdasarkan waktu dan kemampuan seseorang pelajar. Ini bagi memastikan keserasian hafalan baru dan pengulangan hafalan lama dapat diseimbangkan.

Semoga dengan adanya tulisan ini mampu membantu pihak pengurusan tahfiz al-Quran serta para huffaz dalam usaha memelihara al-Quran.

Additional Information

Weight 350 g
Dimensions 23 x 15.2 x 0.7 cm