Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza

, ,

Zaharah Sulaiman
2015. Dewan Bahasa dan Pustaka
Softcover, 21.5 cm x 14 cm, 104 pages
ISBN 9789834617448

RM15.00

Buku Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza merupakan rakaman peribadi penulis menjelajah bumi Palestin ketika terlibat dalam misi A2G12-ER. Penulisan yang digarap hasil pengalaman ini membawa para pembaca menelusuri jalan-jalan yang dirobek oleh tindakan Zionis di bumi Gaza. Bahkan, jalinan hati yang dipaterikan bersama-sama warga Gaza turut dirasai kehangatannya lewat penulisan ini. Ungkapan yang diluahkan oleh warga Gaza dalam kalangan ibu-ibu pejuang, isteri-isteri mujahid merupakan mutiara yang tersemat baik di kalbu para pembaca. Di dalamnya terkandung pesan-pesan persaudaraan Islam, paparan keberanian dan kelelakian (rijal) Islam, keindahan kesabaran dan ketulusan ibadah. Buku ini memaparkan pengorbanan ibu-ibu di Gaza dalam mendidik dan memupuk semangat juang yang kental ke dalam hati anak-anak mereka sejak kecil lagi. Sewajarnyalah mereka digelar srikandi Gaza dengan jati diri yang patut dicontohi dan diikuti. Selamat membaca buku Menelusuri Jati Diri Srikandi Gaza.

Pengalaman yang dikongsi oleh Dr. Zaharah Sulaiman yang bersama-sama misi A2G12-ER ialah gambaran satu pengalaman yang amat berharga. Bagi sebahagian besar aktivis yang pernah ke Gaza, pengalaman di medan itu tersemat kukuh di kalbu untuk menjadi bekalan hidup yang cukup bermakna. Namun bagi Dr. Zaharah, pengalaman itu dituangkan dalam bentuk memo yang dibukukan supaya dapat diterjemahkan untuk turut dihayati oleh semua yang ada rasa kasih kepada Palestin dan rindu untuk menjejak bumi berakah itu. ― Prof Madya Dar Hafizi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE, Humanitarian Care Malaysia

Tentang penulis: Dr. Zaharah Sulaiman merupakan seorang Pensyarah Kanan di Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (UPKW), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pakar Perunding Laktasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1997, beliau memperoieh ijazah Perubatan dari University of Adelaide, Australia dan ijazah Doktor Falsafah dalam mendalami bidang kesihatan wanita di La Trobe University, Melbourne, Australia.

Weight 200 g
Dimensions 21.5 × 14 × .7 cm

You may also like…