memori-1
memori-3memori-3memori-5

Memori di George Town

RM26

Mahani Musa
2015. George Town World Heritage Inc (GTWHI)
Softcover. Colour photographs and illustrations.
ISBN 9789671228166

Product Description

”Sejarah ditulis oleh pihak yang menang” dan ”tiada dokumen, tiada sejarah”. Demikianlah ungkapan yang sering kita dengar yang juga bermaksud banyak hal telah ”disenyapkan” dalam rakaman sejarah. Kepercayaan bahawa sejarah hanya boleh ditulis berdasarkan sumber dokumen juga bermakna kita telah menutup pintu kepada manusia yang pernah lahir, hidup, melakukan pekerjaan dan pelbagai aktiviti namun tanpa meninggalkan sebarang catatan atau dokumen. Di Pulau Pinang sendiri, selain dokumen-dokumen yang menjelaskan sejarah negeri itu, banyak kisah menarik tersembunyi di sebalik bangunan, tempat dan penghuninya. Kisah-kisah ini jika tidak disedut keluar akan terus dilupakan dan terpadam dari pentas Sejarah. Di sinilah pentingnya kajian memori yang memberi ruang kepada pengkaji untuk meneroka episod-episod penting dalam kehidupan seseorang atau sekelompok masyarakat dari zaman kanak-kanak sehingga alam dewasa. Meneroka memori atau ingatan manusia ini juga membolehkan kita melihat bagaimana pengalaman hidup telah membentuk personaliti dan keperibadian seseorang.

Memori di George Town merupakan himpunan pengalaman hidup dan ingatan masa lalu masyarakat Melayu yang pernah menghuni bandar George Town. Seramai 29 orang dari pelbagai latar belakang sosial, umur dan keturunan telah menyumbangkan ingatan masing-masing sama ada dalam bentuk ingatan yang khusus mahupun ingatan yang umum tentang kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan mereka sepanjang menjadi penghuni bandar. Berdasarkan ingatan atau memori ini banyak kisah-kisah menarik yang tidak tercatat dalam dokumen, dapat dicungkil. lngatan umum tentang suka duka kehidupan pada zaman pendudukan Jepun, sambutan hari kemerdekaan yang pertama di Pulau Pinang, kehidupan di Jalan Trang, Jalan Rangoon, Lebuh Acheh, dan kampung-kampung dalam bandar seperti Kampung Syed, Kelawai, dan Kampung Selut (kini Sungai Pinang), hubungan sesama kaum dan jiran, permainan zaman kanak-kanak, dan lokasi tempat hiburan, riadah dan membeli belah yang popular dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang amat penting bagi kajian sejarah sosial.

Biodata editor: Mahani Musa merupakan pensyarah di Pusat Pengajian llmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau mula giat menjalankan penyeiidikan tentang sejarah Pulau Pinang sejak penghujung tahun 1980-an dan merupakan pengarang bagi beberapa buah buku tentang Pulau Pinang. Antaranya, Sejarah Masjid dan Keramat di Pulau Pinang, 1730-an -2012 terbitan Think City, 2014; Melayu-Muslim dalam Sejarah George Town terbitan Arkib Negara Malaysia, 2011, dan Kongsi Celap Melayu di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, I821–1940-an terbitan Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS), 2003 (cetakan semula 2012). Buku ini juga telah diterbitkan dalam versi bahasa lnggeris dengan judul Malay Secret Societies in the Northern Malay States, I827-1940s, terbitan (MBRAS), 2007. Beliau juga merupakan saiah seorang penyunting kepada buku Biographical Dictionary of Mercantile Personalities of Penang, terbitan bersama Think City & MBRAS, 2013.

Additional Information

Weight 400 g
Dimensions 21 x 14.7 x 1.5 cm

You may also like…