Melayu mencapai bintang

Melayu: Mencapai Bintang

RM18

Ramli Abdul Samad and Sohaimi Abdul Aziz
2012. Persatuan Karyawan Pulau Pinang
Softcover, 22cm x 15.8cm, 256 pages
100+ black and white photographs
ISBN 9789834413231

Product Description

Melayu Mencapai Bintang (Jilid 1) merupakan sebuah buku yang membincangkan ketokohan tokoh-tokoh di kalangan etnik Melayu di Pulau Pinang di dalam beberapa bidang. Tokoh-tokoh tersohor ini dikelompokkan kepada beberapa kategori seperti intelektual atau ilmuan, usahawan dan korporat, ketua negeri dan pemimpin politik, seniman dan budayawan, sasterawan aktivis masyarakat dan budaya, raja dan ratu sukan, penjawat awam tertinggi, pengamal perubatan moden, ulama dan personaliti wanita pendidik dan pentadbir, ulama dan pengamal media. Ketokohan mereka dicerminkan melalui kejayaan yang dicapai di dalam bidang masing-masing yang boleh dibuktikan menerusi sumbangan penting dan istimewa mereka serta pengiktirafan yang di dalam pelbagai bentuk yang diterima. Tokoh-tokoh yang dibicarakan di dalam buku ini adalah daripada golongan etnik Melayu yang cemerlang yang merupakan satu kesinambungan daripada keunggulan bangsa Melayu Nusantara pada satu waktu dahulu tetapi di dalam dimensi yang lain dan baharu.

Tentang Pengarang

Ramli Abdul Samad (1971-) merupakan graduan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang sains kemasyarakatan memperolehi kelayakan profesional dalam bidang kepustakawanan dari Kuringgai College of Advanced Education, kini dikenali sebagai University of Technology, Sydney, Australia pada tahun 1984, pernah bertugas di USM sebagai pustakawan selama 25 tahun sebelum bersara. Kini Ramli sebagai freelance terus menulis di beberapa media konvensional dan media baru.

Kandungan

Perutusan Pesuruhjaya
Prakata
Penghargaan
Pengantar
1: Intelektual
2: Usahawan dan Korporat
3: Ketua Negeri dan Pemimpin Politik
4: Seniman dan Budayawan
5: Sasterawan
6: Aktivis Masyarakat dan Budaya
7: Bintang dan Ratu Sukan
8: Penjawat Awam
9: Pengamal Perubatan
10: Wanita Berpersonaliti
11: Pendidik dan Pentadbir
12: Ulama Progresif
13: Pengamal Media

Additional Information

Weight 600 g
Dimensions 22 x 15.8 x 1.3 cm