1511_cvr

Kisah Melaka 1511

RM25

Prof Dato Dr Muhammad Yusof Hj Hashim (editor)
2006. Institut Kajian Sejarah & Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 23cm x 15.5cm, 104 pages
9832600278

Categories: , .

Product Description

Buku ini antara lain menyingkap peristiwa bersejarah di sebalik jatuhnya Melaka ke tangan bangsa Portugis dari Eropah dan peristiwa-peristiwa utama dan penting di dalam cubaan mempertahan dan mengembalikan semula kuasa Sultan Melayu di Melaka. la menggamit gambaran sejarah silam yang merupakan refleksi keagungan Kesultanan Melayu Melaka pada sekitar kurun ke 14 hingga ke 15. Buku ini juga boleh memainkan peranan yang strategik dalam menyemarakkan semangat patriotisme sehingga ia menjadi suatu fenomena popular dalam lingkungan alam Melayu dan seterusnya melangkaui perhatian antarabangsa.

Para pembaca akan dibawa untuk mengimbas kembali zaman kehebatan dan ketuanan Kesultanan Melayu Melaka sehingga ia ditakluki oleh orang Portugis dan sebab-sebab peralihan kuasa ini berlaku; mengambil pelajaran dan iktibar tentang kejatuhan Melaka di tangan Portugal dan kesan-kesan yang boleh didapati sehingga ke hari ini; mengeratkan lagi hubungan antarabangsa antara negeri Melaka dan negara Portugal di mana ia adalah suatu hubungan yang berperanan di dalam memajukan sektor-sektor pelancongan dan ekonomi di Melaka khususnya. Himpunan kertas kerja yang merealisasikan buku ini pasti berupaya menyentuh naluri para pembaca di mana para pembaca tidak mungkin akan dapat mengelak dan menerima rasa untuk mengambil pelajaran dan iktibar tentang kejatuhan Melaka di tangan bangsa Portugis ini. Secara amnya, sejarah mengajar mengenai masa lepas. Merujuk kepada Kamus Dewan, iktibar ialah suatu pengajaran baik buruk yang dapat kita pelajari daripadanya. Maka, melalui kumpulan beberapa kertas kerja yang amat baik pengisiannya, kita akan mempelajari sesuatu dan biarlah ia berupaya memberikan yang terbaik secara kolektif kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Additional Information

Weight 250 g
Dimensions 23 x 15.5 x .5 cm