kesultanan melaka

Kesultanan Melayu Melaka – Pentadbiran Kuno atau Moden?

RM6

Zainal Abidin bin Abdul Wahid
2008 (Cetakan kedua). Institut Kajian Sejarah Dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Softcover, 21.5cm x 15.2cm, 35 pages
ISBN 9839915533

Categories: , .

Product Description

Buku Kesultanan Melayu Melaka – Pentadbiran Kuno atau Moden? memaparkan secara mikro tentang pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 hingga awal abad ke-16. Kesultanan Melayu Melaka yang diterajui oleh seorang Sultan dan dibantu oleh pembesar-pembesar kanan telah mengamalkan satu corak pentadbiran moden. Corak pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka menjadi model dan ikutan kepada kerajaan-kerajaan Melayu lain di sekitar Nusantara pada masa itu. Sementara agama Islam menjadi tunjang kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran. Bahasa Melayu ketika itu menjadi bahasa antarabangsa dan digunakan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.

Sejarah tanpa kita sedari, banyak memberi pengajaran kepada manusia tentang kehidupan masa lampau. Bangsa Malaysia hari ini mesti berani menghadapi cabaran global dan merevolusikan pemikiran bangsa sendiri bagi menyesuaikan diri dan jiwa dalam wadah perjuangan manusia global. Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang meletakkan ilmu di puncak ketinggian cita-cita bangsanya kerana kekayaan llmu itulah yang menunjangi kekuatan intelek, ketinggian budi, kekuasaan sains dan teknologi moden dan berjiwa dinamik serta kreatif.

Kajian-kajian sejarah seperti ini harus dipertingkatkan serta diperbanyakkan agar dapat memperbetulkan fakta sejarah yang ditulis dari kaca mata sejarawan barat. Teks ini diambil dari majlis syarahan Tuan Perak 11 yang disampaikan pada 24 Oktober 1997. la terhasil sebagai sebahagian dari program IKSEP untuk merealisasikan gagasan Melaka Bersejarah negeri Berbudaya. Semoga paparan di dalam buku Kesultanan Melayu Melaka ini dapat menyingkap kembali sejarah Iampau yang boleh dijadikan iktibar dalam kita melayari kehidupan hari ni dan pada masa hadapan.

Additional Information

Weight 150 g
Dimensions 21.5 x 15.2 x .2 cm