Kesultanan Melayu Melaka

Kesultanan Melayu Melaka (Edisi Kedua)

RM65

Muhammad Yusoff Hashim
2015. Dewan Bahasa & Pustaka.
Hardcover, 22.7cm x 15.2cm, 615 pages
ISBN 9789834618278

Categories: , .

Product Description

Kajian dan penulisan tentang Kesultanan Melayu Melaka telah banyak dibuat sama ada oleh sarjana tempatan mahupun oleh sarjana luar. Kajian dan penulisan yang paling diminati ialah sejarah kesultanan tersebut. Oleh sebab itu, hasil-hasil kesusasteraan dalam bidang dan disiplin inilah yang paling banyak kita temui dalam berbagai-bagai bahasa seperti Melayu-Indonesia, Inggeris, Portugis, Belanda, Perancis, Cina, Tamil dan Jepun. Apabila membahasakan bahasa Melayu klasik, linguistik, Islam dan berbagai-bagai genre kesusasteraan dan kebudayaan per se untuk jangka masa kesultanan berkenaan, maka termasuk juga bahasa Polish dan Russia. Hal ini menggambarkan betapa popularnya kesultanan ini dalam ruang lingkup sejarah dan kebudayaan Melayu. Walau bagaimanapun, kebanyakan hasil tulisan ini adalah dalam bentuk rencana yang dimuatkan dalam jurnal, majalah berkala, bab atau sebahagian daripada buku dan kertas kerja. Tiada suatu pun penulisan yang pertaliannya baik, berbentuk buku, yang khusus membahasakan berbagai-bagai bidang sejarah dan persejarahan kesultanan yang wujud sekitar tahun 1400 sehingga tahun 1511 yang dari segi geopolitiknya disebut Melaka sekarang.

Researches and writings about the Malay Sultanate of Melaka are abundant, be it by local or overseas scholars. Researches and writings that are most popular are the history of the aforementioned sultanate. Due to this popularity, offerings in this field and discipline are commonly found in various languages, for example, Malay-Indonesian, English, Portuguese, Dutch, French, Chinese, Tamil and Japanese. In discussions related to the classic Malay language, linguistics, Islam and other various genres of literature and culture per se during the period of the said sultanate, the available studies would also include those written in Polish and Russian. This paints a picture of how popular this sultanate was in the historical scope of Malay culture. That being the case, most of the writings are in the form of short texts that were fitted into journals, periodicals, chapters or parts of a book and work papers. No writing, in book form so far exists which specifically discusses the various subjects connected with the history of the Malacca sultanate circa 1400 to 1511.  

Editorial reviews

Dalam korpus penulisan sejarah tentang Kesultanan Melaka buku yang ditulis dalam bahasa Melayu ini belum dapat ditandingi oleh penulis-penulis sebelum dan selepasnya. – Prof Emeritus Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Universiti Kebangsaan Malaysia

Buku Karangan Dr. Muhammad Yusoff HAshim merupakan satu usaha untuk meneliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Pengarang cuba memberikan jawapan yang kemas kini tentang beberapa yang biasanya ditimbulkan tentang Kesultanan Melayu Melaka. – Prof Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Khoo Kay Kim, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 1989

It is a valuable and broadly-based study from which those who in the future, will be interested in Malacca are bound to benefit. – Prof Emeritus Dr O.W. Walters, Southeast Asia Program, Cornell University, USA, 10 February 1993

Additional Information

Weight 1000 g
Dimensions 22.7 x 15.2 x 3.5 cm