patriotisme_cvr

Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan

RM48

Aziz Ujang & Kadir Arifin
2017. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Softcover, 22.7cm x 15.3cm, 122 pages
ISBN 9789670924847

Product Description

Buku Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan menunjukkan bahawa patriotisme dan perpaduan adalah dua perkara yang amat penting dan saling berkait di antara satu dengan yang lain serta menjadi asas kepada pembinaan negara yang maju, harmoni dan aman. Apatah lagi bila melibatkan golongan generasi muda di sebuah negara yang sentiasa menjadi pendokong serta pelapis untuk mentadbir di masa akan datang. Kedua-dua elemen iaitu patriotisme dan perpaduan akan menjadi pemangkin untuk diterapkan dalam kalangan generasi muda bagi memastikan bahawa tahap kesedaran terhadap dua elemen tersebut kekal tinggi. Sekiranya tahap kesedaran patriotisme dan perpaduan adalah rendah, dikhuatiri ia akan melahirkan rakyat dan pemimpin masa depan yang kurang cintakan negara. Impak kepada keadaan ini akan menyebabkan sesebuah negara akan mengalami kemerosotan dari aspek budaya bangsa, ketidakstabilan ekonomi dan politik serta wujudnya keadaan yang tegang antara rakyat di negara ini.

Buku ini memuatkan hasil penyelidikan mengenai tahap kesedaran generasi muda Melayu dan Bumiputera terhadap patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia. Tinjauan dilakukan terhadap persepsi generasi muda di Malaysia mengenai keperluan asas dalam membentuk tahap kesedaran semangat patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia. Pada masa yang sama tinjauan juga dilakukan untuk mengenal pasti tahap kesedaran generasi muda terhadap patriotisrme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda. Akhirnya buku ini juga memuatkan hasil penyelidikan terakhir iaitu menganalisis kesedaran generasi muda terhadap semangat patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia berdasarkan faktor ekonomi, pendidikan, umur dan keselamatan negara.

Additional Information

Weight 300 g
Dimensions 22.7 x 15.3 x .8 cm